Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beramai

Puisi
 

Malam ini mengerik gemai,
     Mari gesek atas dulang;
Malam ini kita beramai,
     Esok hari kita pulang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sebagai anak-anai bubus.

Bermaksud :

Keluar beramai-ramai, berduyun-duyun. bubus = keluar banyak bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(5)

621

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
beramai-ramaiansl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
beramai-ramai1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
beramai-ramaibersama-sama orang banyak; tidak berseorangan: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar.Kamus Pelajar
dikir1. ucapan (doa) utk memuji-muji Rasul, biasanya dgn berlagu (lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi); 2. lagu atau nyanyian dgn berpantun yg dilakukan beramai-ramai; ~ barat Kl lagu (nyanyian) beramai-ramai sambil berbalas-balas pantun; ~ jelotah sj tarian berserta dgn dikir beramai-ramai dlm upacara mengirik padi selepas menuai; berdikir mengucapkan puji-pujian kpd Rasul (dgn berlagu): datang seorang lagi mem­per­silakan Pak Lebai ke terataknya kerana hendak ~ maulud; ~ barat Kl bernyanyi (berlagu) dgn berpantun beramai-ramai; pendikir orang yg melagukan dikir; ® zikir.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengiringi1 berjalan dsb beramai-ramai bersama seseorang utk mengawal dll; menyertai beramai-ramai utk menghormati: Beribu-ribu orang ~ jenazah beliau ke tanah perkuburan. 2 memainkan lagu dgn alat bunyi-bunyian ketika orang bernyanyi dll: Orkestra RTM telah ~ penyanyi itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengarak1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengu­sung) beramai-ramai: esoknya disediakan perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2. sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~ siang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerumun; berkerumun berkumpul beramai-ramai di keliling sesuatu: Orang ramai ~ melihat kemalangan yg ngeri itu. mengerumuni datang beramai-ramai mengelilingi sesuatu: Semut ~ gula.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengiringi1. berjalan dsb beramai-ramai bersama seseorang utk mengawal dll; menyertai beramai-ramai utk menghormati:Beribu-ribu orang ~ jenazah beliau ke tanah perkuburan. 2. memainkan lagu dgn alat bunyi-bunyian ketika orang bernyanyi dll: Orkestra RTM telah ~ penyanyi itu.Kamus Pelajar
ekskursi(ékskursi) perjalanan beramai-ramai ke tempat yg tidak jauh (utk beristirahat, meninjau-ninjau, dll), darmawisata; berekskursi berjalan atau berpergian beramai-ramai ke tempat yg tidak jauh (utk melihat-lihat tempat dll), berdarmawisata.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerumunberkerumun berkumpul beramai-ramai di keliling sesuatu:Orang ramai ~ melihat kemalangan yg ngeri itu. mengerumuni datang beramai-ramai mengelilingi sesuatu: Semut ~ gula.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas