Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memberhentikan1. menjadikan (menye­bab­kan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diber­hentikan; 3. memecat, melepaskan sese­orang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
henti; tidak ~-~nya tidak putus-putus, terus-menerus; sehenti mempunyai atau menyediakan pel­bagai perkhidmatan atau barangan yg ber­kaitan di satu tempat: kedai ~ itu menjual pelbagai jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, enjin dan minyak pelincir; berhenti 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; berhenti-henti tidak terus-menerus, terpu­tus-putus; memberhentikan 1. menjadikan (menye­bab­kan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diber­hentikan; 3. memecat, melepaskan sese­orang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; keberhentian perihal berhenti: ~nya itu mungkin atas sebab-sebab yg sama; pemberhentian perihal atau perbuatan mem­berhentikan (diberhentikan), pemecat­an: ~ abangku itu diketahui melalui akhbar; menghentikan, memperhenti­kan mem­ber­henti­kan; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, ter­putus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, ter­putus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; hentian 1. tempat berhenti (kenderaan dll), perhentian: H~ Pudu Raya; 2. hasil berhenti; 3. (Lin) bunyi bahasa yg dihasilkan drpd penutupan sepenuhnya pd titik artikulasi tertentu dlm saluran suara: ~ glotis; ~ implosif; ~ glotis (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba; ~ implosif (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn meng­halang aliran udara di glotis yg bergerak masuk ke dalam saluran udara; ~ sebelah tempat kenderaan boleh atau dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau lebuh raya; penghentian hal atau perbuatan meng­henti­kan: ~ beberapa percubaan utk mendirikan tanah jajahan; perhentian tempat berhenti (bas, teksi, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
henti; berhenti 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. berhenti-henti tidak terus-menerus; terputus-putus: Hujan telah turun tidak ~ selama empat hari empat malam. menghentikan menjadikan berhenti; memberhentikan: ~ segala perbuatan jahat dan keji. memberhenti­kan 1 menjadikan atau menyebabkan berhenti: Dia ~ motokarnya di hadapan panggung wayang. 1 menamatkan (menyudahkan) peperangan dll: Beliau tidak dpt berbuat apa-apa utk ~ pergaduhan itu. 2 melepaskan dr jawatan dll; memecat: Guru itu sudah diberhentikan. terhenti tidak berjalan atau tidak bergerak lagi; tertahan; tersekat: Perbualan mereka ~ apabila guru masuk ke bilik darjah. hentian tempat (kenderaan dsb) berhenti. ~ sebelah tempat kenderaan dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau di tepi lebuh raya. perhentian 1 tempat (bas, teksi dll) berhenti: Dia pergi ke ~ bas utk menghantar bapanya pulang ke kampung. 2 hal berhenti. penghentian perbuatan atau hal menghentikan. pemberhenti­an perbuatan atau hal memberhentikan. sehenti; pusat (kedai dsb) ~ pusat, kedai dsb yg menyediakan pelbagai perkhid­matan atau barangan yg diperlukan pelanggan di satu tempat: Pelbagai barangan dpt dibeli di pusat ~ itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tempoh II(témpoh) 1. berhenti dr melakukan sesuatu (bekerja dll), tidak bekerja lagi; tidak ~ a) = tidak ~nya tidak berhenti-henti, sentiasa; b) tidak ~ lagi = dgn tidak ~ dgn serta-merta, dgn segera; 2. beristirahat, berehat, mengaso: bolehlah ~ sebentar, kalau letih; 3. tidak hadir bekerja (bersekolah dll), cuti: dia dapat ~ sehari; 4. = waktu ~ = hari ~ waktu (hari) cuti, kelepasan, libur: waktu ~ tahun baru ini mereka pulang ke kampung; 5. bercuti, berlibur, ber­pakansi: pergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut; menempohkan menghentikan, memer­hati-kan, membenarkan (mengizinkan) beristirahat; tidak ~ tangan sentiasa bekerja.Kamus Dewan Edisi Keempat
memberhenti­kan1 menjadikan atau menyebabkan berhenti: Dia ~ motokarnya di hadapan panggung wayang. 1 menamatkan (menyudahkan) peperangan dll: Beliau tidak dpt berbuat apa-apa utk ~ pergaduhan itu. 2 melepaskan dr jawatan dll; memecat: Guru itu sudah diberhentikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kalau1. kata penghubung (kata sendi) utk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihurai­kan berikutannya), jika, jikalau: pekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka; 2. seandai­nya, sekiranya, misalnya: ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? 3. bagi..., menurut pendapat..., sekira­nya (saya dll) yg terlibat atau yg memutuskan dsb: ~ saya, budak itu sudah patut dihukum; kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara; kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya; berkalau-kalau mengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkali­kali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjangkakan1. menetap­kan waktu (ukuran) atau apa yg harus di­kerjakan (dan masanya): pekerjaan itu di­jangka siap dlm masa satu tahun; 2. men­duga, menyangka: hujan sudah berhenti, tidak jadi turun spt yg dijangkakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjangka, menjangkakan 1. menetap­kan waktu (ukuran) atau apa yg harus di­kerjakan (dan masanya): pekerjaan itu di­jangka siap dlm masa satu tahun; 2. men­duga, menyangka: hujan sudah berhenti, tidak jadi turun spt yg dijangkakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
anggar I; anggar-anggar lebih kurang, kira-kira: isi besen itu dgn air ~ setengah; menganggar, menganggarkan mengira(kan) secara kasar sahaja, mengira-ngira(kan), mem­­perhitungkan (belanja, biaya, dll) secara kasar: adalah dianggarkan bahawa kira-kira tiga per lima penduduk dunia tinggal di Asia; jawatankuasa itu menganggarkan perbelan­jaan yg diperlukan lebih drpd RM5000; anggaran 1. jumlah yg dianggarkan, per­hitungan atau perkiraan secara kasar: beri ~ berapa liter minyak diperlukan utk perjalan­an 1000 km; ~ pendapatan dan perbelan­jaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira: ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi; 3. Id peraturan; ~ belanja kira-kira (kasar) belanja (kerajaan, pertubuhan, dll); ~ belanjawan kira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan; ~ dasar peraturan pokok yg menjadi dasar peraturan lain (pd pertubuhan dll); ~ rumah tangga Id peraturan yg menghuraikan atau meleng­kapkan anggaran dasar; penganggaran proses mengira (menghitung) secara kasar;Kamus Dewan Edisi Keempat
hasut; menghasut 1. menjadikan orang sakit hati atau marah kpd orang lain, mengapi (-api)kan: dia yg ~ supaya orang membenci saya; 2. menggalakkan (anjing); hasut-menghasut saling menghasut: ~ tidak berhenti, yg kuat menindas yg lemah; terhasut sakit hati atau marah kerana di-hasut: PM menyatakan beliau tidak mahu membiarkan mahasiswa ~ oleh anasir-anasir politik; hasutan kata-kata atau perbuatan meng­hasut: tunjuk perasaan dilakukan kerana ~ anasir-anasir anti-Amerika; penghasutan perihal menghasut; penghasut orang yg menghasut.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas