Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ri.ngan]/[ber.i.ri.ngan] | برايريڠن

Definisi : berjalan dll bersama-sama, berturut-turut: mereka berjalan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
iring
Kata Terbitan : seiring, beriringan, mengiringi, iringan, iring-iringan, pengiring,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
beriringanberjalan dll bersama-sama, berturut-turut: mereka berjalan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendudu-dudubergerak (berjalan, berenang, berlari, dsb) beriringan, bergerak terus dgn tidak menoleh-noleh: kerbau jalang datang ~ mengejar kami.Kamus Dewan Edisi Keempat
mendudu, mendudu-dudu bergerak (berjalan, berenang, berlari, dsb) beriringan, bergerak terus dgn tidak menoleh-noleh: kerbau jalang datang ~ mengejar kami.Kamus Dewan Edisi Keempat
dudu; mendudu, mendudu-dudu bergerak (berjalan, berenang, berlari, dsb) beriringan, bergerak terus dgn tidak menoleh-noleh: kerbau jalang datang ~ mengejar kami.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertimbalan1. berimbangan (dgn), berpa­dan­an (sama taraf atau kedudukannya dgn), beriringan: maka Raja Melaka pun naik ke atas gajah berengka emas, ~ dgn Raja Muda; 2. = bertimbal-timbalan balas-membalas (pantun dll), bersambutan;Kamus Dewan Edisi Keempat
iring Iikut, turut; darah ~ Id darah yg keluar kemudian; ~ gemiring Mn berlinang-linang (air mata); seiring 1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan; pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep “seni utk seni”; ~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri; beriring, beriringan berjalan dll bersama-sama, berturut-turut: mereka berjalan ~; beriring-iring, beriring-iringan berjalan dll berturut-turut, berjalan berjajar-jajar: itik ~ menuju ke air; mereka berjalan beriring-iringan; mengiring, mengiringi 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, menyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; mengiringkan 1. mengiringi: dua laksa orang berkuda ~ dia; segala hulubalang dititahkan baginda ~ Bendahara; 2. menyertakan, memasukkan (bersama-sama): beberapa alasan diiringkan bersama-sama bantahannya; diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk prb perihal sesuatu yg serba menyusahkan; iringan 1. yg mengiringi (mengikuti, menyertai): lagu Melayu asli dgn ~ Orkes Rindu Malam; ~ kata = kata ~ kata aluan (pendahuluan, pengantar) pd buku dll; 2. = iring-iringan arak-arakan, perarakan; pengiringan perihal mengiringi; pengiring orang dll yg mengiring(i), pengikut, peneman: barang-barang yg tidak berkenaan diberikan baginda pd orang muda-muda ~ baginda; lagu ~ dimainkan semula.Kamus Dewan Edisi Keempat
timbaltimbang, banding, imbang; ~ balik a) pd kedua-dua bahagian (belah, pihak, dll); b) drpd kedua-dua pihak, saling mempengaruhi (menuntut, mencintai, dll), balas-membalas (tindakan, kesan, dll): cara hidup dan keper­luan hidup manusia mempunyai perhubung­an ~ balik antara satu sama lain; c) ark terbalik-balik, tunggang balik, terjungkir: babi menggelupur ~ balik; setimbal setimpal, seimbang, sepadan: mereka akan sedia berkhidmat kalau diberi pembayaran yg ~ dgn kebolehan mereka; kesetimbalan perihal (sifat atau keadaan) setimbal,keseimbangan, kesepaduan: perlu ada ~ antara beban kerja dgn upah yg di-terima oleh pekerja; bertimbal 1. berpadanan (sama tarafnya dll), berimbang; 2. pd kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi); ~ balik timbal balik; ~ jalan di kiri kanan jalan (bkn pokok dll); ~ rengka duduk di sebelah kiri dan kanan rengka supaya imbang; bertimbalan 1. berimbangan (dgn), berpa­dan­an (sama taraf atau kedudukannya dgn), beriringan: maka Raja Melaka pun naik ke atas gajah berengka emas, ~ dgn Raja Muda; 2. = bertimbal-timbalan balas-membalas (pantun dll), bersambutan; menimbal, menimbali membuat supaya seimbang (sepadan dll), mengimbangi, mem-banding-bandingi; timbalan 1. penolong ketua dll, naib: ~ ketua pengarang; T~ Perdana Menteri; 2. imbang­an, bandingan, tara, padanan; penimbal pengimbang; cadangan ~ (Eko) cadangan (himpunan) bahan mentah utk mengimbangkan (menstabilkan) harga bahan tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas