Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.ya] | برجاي

Definisi : beroleh kemenangan, mencapai ke­majuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.ya] | برجاي

Definisi : mendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,

Puisi
 

Berapa tinggi Bukit Malingan,
     Sama bertimbang Bukit Berjaya;
Kalau sudah musimnya hujan,
     Tidak keras bukit di paya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melumpuhkanmenjadikan lumpuh; melemahkan: Mereka tidak berjaya menakluk Melaka tetapi berjaya ~ kuasa Portugis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjayamendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjayaberoleh kemenangan, mencapai ke­majuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berjayamendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir.Kamus Pelajar
jaya1. kemenangan; hikayat Perbu ~ hikayat kemenangan Perbu; 2. = berjaya menang, berhasil: utusan sudah balik dgn tiada ~; berjaya beroleh kemenangan, mencapai ke­majuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~; menjayakan menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan; kejayaan perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pe­lajaran barulah hal rumah tangga di­rancangkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menang1. berjaya (dlm perlawanan, pepe­rangan, dll), berhasil mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan: barang siapa ~ dialah menjadi raja; 2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya mengalahkan musuh dll: berapa ~ orang itu berjudi? 3. lulus (dlm peperiksaan), beroleh hadiah (dlm pertan­dingan, peraduan, dll); 4. tidak kalah (kurang) drpd, lebih drpd; alah ~ tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm perlawanan (perbantahan dll); alah sabung (main), ~ sorak prb biarpun kalah, cakap besar juga; memenangi 1. beroleh menang (dlm per­lawanan dll), berhasil atau berjaya mengalah­kan: kanak-kanak yg lemah tidak akan ber-peluang ~ permainan itu; 2. mendapat ke­jayaan atau hadiah dlm pertandingan (pe­raduan dll): novel karangannya telah ~ Pe-raduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu; memenangkan 1. menyebabkan (menjadi­kan) menang: barang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd se-gala musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak (menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~ Masinah; kemenangan 1. perihal menang: satu ke-ramaian yg besar telah diadakan di kota itu utk merayakan ~ tersebut; ~ percuma keme­nangan yg diperoleh tanpa bertanding (ke­rana pihak lawan gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dll); 2. kelebihan, keunggulan: ~ moral; pemenang orang (pihak dll) yg menang.Kamus Dewan Edisi Keempat
jayakemenangan: menuju ke puncak ~. berjaya mendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir. menjayakan menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan: Ia turut sama ~ rancangan itu. kejayaan hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gagaltidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan: rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;kegagalan perihal gagal.Kamus Dewan Edisi Keempat
jayakemenangan:menuju ke puncak ~. berjaya mendapat kemenangan; berhasil:Ia ~ memasuki pertandingan akhir. menjayakan menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan:Ia turut sama ~ rancangan itu. kejayaan hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu.Kamus Pelajar
cegahtegah, halang; mencegah menghalang (menegah, menolak, dll), mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dll): sentiasa berjaga-jaga ~ gerakan subversif; tidak berjaya ~ peperangan; tercegah terkawal (terlarang, terhalang, dll); cegahan larangan (tegahan dll): ibunya tidak mendengar ~nya; pakatan yg ada berjaya menjalankan fungsi ~; pencegahan perihal (perbuatan dsb) men­cegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan): ~ dgn cara kimia; pencegah 1. alat utk mencegah; 2. orang (badan dsb) yg mencegah: pasukan ~ rusuhan; pasukan kastam bahagian ~ penyeludupan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas