berkhidmat | 1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkhidmat | 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkhidmat | 1. berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2. bekerja; bertugas:Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. | Kamus Pelajar |
khidmat | kebaikan yg dilakukan utk menunjukkan kesetiaan kpd bangsa, negara dll; bakti: berbuat ~ kpd tanah air. berkhidmat 1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. perkhidmatan 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. ~ awam segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api). ~ pos perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khidmat | kebaikan yg dilakukan utk menunjukkan kesetiaan kpd bangsa, negara dll; bakti:berbuat ~ kpd tanah air. berkhidmat 1. berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2. bekerja; bertugas:Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. perkhidmatan 1. perbuatan atau hal berkhidmat:Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2. kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. ~ awam segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api). ~ pos perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll. | Kamus Pelajar |
mengkhidmati | berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekhidmat | orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkhidmatan | 1. perihal berkhidmat (bertugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh pemerintah; ~ perubatan perkhidmatan yg berkaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan perubatan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt perkhidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uslub | Ar kaedah, cara: berkhidmat utk ke-benaran ialah ~ atau kaedah yg diperjuang-kan oleh Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelia | melihat, mengawas: dia berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun dlm ~ penyelenggaraan dan membaiki kereta-kereta yg berat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |