Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kun.jung] | برکونجوڠ

Definisi : pergi (datang) utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui se­seorang: aku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; pernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kun.jung] | برکونجوڠ

Definisi : pergi atau datang melihat-lihat tempat atau menemui orang: Aku diberi peluang ~ ke Australia selama seminggu. Sejak itu, dia tidak pernah ~ ke rumah saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkunjungpergi atau datang melihat-lihat tempat atau menemui orang: Aku diberi peluang ~ ke Australia selama seminggu. Sejak itu, dia tidak pernah ~ ke rumah saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkunjungpergi (datang) utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui se­seorang: aku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; pernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo;Kamus Dewan Edisi Keempat
berziarah1. berkunjung ke tempat keramat (perkuburan dll): beliau telah ~ ke Taman Makam Pahlawan Kalibata; 2. berkunjung ke rumah (tempat dll): seorang pun teman-temannya tidak ada lagi yg sudi ~ kepadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
tamu1 orang yg datang berkunjung atau yg diundang utk menghadiri sesuatu jamuan dll. 2 orang yg datang menginap di hotel dll. bertamu datang berkunjung; melawat ke sesuatu tempat, hadir di sesuatu jamuan dll: Saudara-maranya ~ di rumahnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kunjung; berkunjung pergi atau datang melihat-lihat tempat atau menemui orang: Aku diberi peluang ~ ke Australia selama seminggu. Sejak itu, dia tidak pernah ~ ke rumah saya. mengunjungi mendatangi sesuatu tempat utk melihat-lihat atau utk menemui orang; menziarahi: Tiap-tiap hari tidak putus-putus orang ~ Muzium Negara. Lama benar saya tidak ~ saudara-mara saya di kampung. kunjungan hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. perkunjungan perihal (perbuatan) berkunjung: ~ Presiden Suharto ke Malaysia telah disambut secara besar-besaran. pengunjungan perihal (perbuatan) mengunjungi. pengunjung orang yg berkunjung atau yg mengunjungi; pelawat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kunjung I; berkunjung pergi (datang) utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui se­seorang: aku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; pernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo; mengunjungi mendatangi utk melihat-­lihat (tempat dll) atau menemui seseorang, melawat, menziarahi: pelancong-pelancong yg ~ bandar tersebut tertarik dgn keindahannya; lama benar ia tidak ~ saudara-maranya di kampung; kunjung-mengunjungi saling mengun­jungi: ~ spt itu ada kaitannya dgn tujuan keselamatan; kunjungan hasil berkunjung atau mengun­jungi, lawatan: persediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; kota yg bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai; ~ kilat kunjungan (lawatan) yg singkat (biasanya yg tidak dirancang terlebih dahulu); perkunjungan perihal berkunjung; pengunjung orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat, pelancong: pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para ~ datang ke sana.Kamus Dewan Edisi Keempat
ziarahAr 1. lawatan, kunjungan: setelah sudah ~ di makam itu, maka kembalilah aku; 2. perkunjungan ke rumah kawan, ke sesuatu tempat, dll; berziarah 1. berkunjung ke tempat keramat (perkuburan dll): beliau telah ~ ke Taman Makam Pahlawan Kalibata; 2. berkunjung ke rumah (tempat dll): seorang pun temantemannya tidak ada lagi yg sudi ~ kepadanya; menziarahi 1. mengunjungi (kuburan, tempat keramat, dll): Muhammad diajar oleh bondanya ~ makam ayahandanya; 2. melawat: selalu juga kami ~ ibu; ziarah-menziarahi saling menziarahi antara satu dgn yg lain, kunjung-mengunjungi: ~ sangat digalakkan utk memupuk tali persaudaraan yg berpanjangan; ziarahan kunjungan, lawatan; penziarahan perihal menziarahi seseorang atau sesuatu; peziarahan tempat yg dikunjungi orang (keramat, kuburan, dsb); penziarah orang yg menziarahi seseorang atau sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berziarahberkunjung ke rumah seseorang atau pergi ke sesuatu tempat: Semasa di Madinah, mereka ~ ke makam Nabi Muhammad SAW.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melanjaberkunjung (ke rumah sahabat dll), bertamu ke, bertandang;Kamus Dewan Edisi Keempat
berziarahberkunjung ke rumah seseorang atau pergi ke sesuatu tempat: Semasa di Madinah mereka telah sempat ~ ke makam Nabi Muhammad s.a.w. Kamus Pelajar
123456

Kembali ke atas