timbul | 6 ki berlaku; terjadi: Maka ~lah perselisihan yg hebat antara kedua-dua sahabat itu. | Kamus Pelajar |
batal | 1 tidak diakui sah; tidak berlaku lagi: Jika orang yg sedang berpuasa menghisap rokok, maka ~lah puasanya. 2 tidak jadi diteruskan; tidak berhasil; gagal: Cita-citanya hendak mendaki Gunung Tahan ~ kerana musim tengkujuh. membatalkan 1 menyebabkan jadi batal: Ali, cuba awak sebut perkara-perkara yg ~ puasa. 2 menyatakan tidak sah atau tidak berlaku lagi; memansuhkan: Hanya parlimen saja yg boleh ~ sesuatu undang-undang. 3 menyatakan tidak jadi diteruskan; membuat supaya tidak jadi: Amerika telah ~ bantuannya kpd negara-negara yg bermusuh dgnnya. terbatal sudah batal atau dibatalkan: Kontrak itu ~ jika syarat-syaratnya tidak dipatuhi. pembatalan hal atau perbuatan membatalkan. pembatal sesuatu yg membatalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pun...lah | utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~ tumbuhlah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudah | 1. telah siap sedia, lengkap, selesai: surat itu pun ~lah; 2. habis, berakhir; 3. = sudah-sudah telah lalu (lampau): bulan ~ keting lembu Dogol ditakik orang; 4. telah berlaku (terjadi), telah: dan lagi sekarang segala sampan pukat itu pun ~ keluar, tiada tinggal lagi dlm sungai; 5. = sudahlah cukuplah (dgn yg demikian itu), padalah: ~lah, jangan bertengkar-tengkar lagi! 6. memang begitu (keadaannya, halnya, dll), sememangnya: bagaimana boleh kapalnya lalu, kalau ~ dilingkungi karang; 7. = sudahnya, sudah-sudahnya akhirnya, kemudiannya: yg hidup itu sedia akan mati juga ~nya; sesudah, sesudahnya setelah sudah, sehabis, selepas, setelah: ~ minum mereka pun berpisah; sesudah-sudah, sesudah-sudahnya sehabis-habisnya (melakukan sesuatu), sekehendak hatinya, semahu-mahunya; bersudah ada sudahnya (akhirnya, penghabisan); bersudah-sudah telah putus atau habis (persahabatan, perhubungan, keluarga, perkahwinan, dll); menyudahi 1. mengakhiri (percakapan, pekerjaan, dll), menghabisi: ia ~ nasihatnya dgn umpatan; 2. menunaikan (permintaan, keinginan, dll), memenuhi; 3. ki menamatkan riwayat, membunuh; ikhtiar menjalani, untung ~ prb utk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha tetapi berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib; menyudahkan, mempersudahkan 1. mengerjakan hingga habis (pekerjaan, tugas, dll), menyempurnakan, menyiapkan: mereka akan berlumba-lumba utk ~ sesuatu kerja; 2. menjadikan berakhir, menamatkan: patik hendak pergi ke Inderapura, supaya patik persudahkan pekerjaan Megat Panji Alam itu; 3. mencari penyelesaian (masalah dll), menyelesaikan: salin dan sudahkan kira-kira di bawah ini; kesudahan 1. penghabisan, akhir, akibat: maka diceritakannya dr mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya; 2. keputusan (drpd sesuatu), kesempurnaan, keselesaian; 3. akhirnya, kemudiannya: ~nya rumah di kawasan itu habis musnah; berkesudahan berakhir (dgn), berkeputusan, berakibat: Ramlah sakit keras kerana sedih, rindu, dan sesal tidak ~; kesudah-sudahan akhir-akhirnya, kemudiannya: maka ~ iaitu kelak memberi mudarat kpd nyawa; penyudahan perihal menyudahkan, penyelesaian, penyempurnaan; penyudah yg akhir sekali, penutup (percakapan dll): barangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pd ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batal | 1. tidak diakui sah; tidak berlaku lagi:Jika orang yg sedang berpuasa menghisap rokok, maka ~lah puasanya. 2. tidak jadi diteruskan; tidak berhasil; gagal: Cita-citanya hendak mendaki Gunung Tahan ~ kerana musim tengkujuh. membatalkan 1. menyebabkan jadi batal: Ali, cuba awak sebut perkara-perkara yg ~ puasa. 2. menyatakan tidak sah atau tidak berlaku lagi; memansuhkan: Hanya parlimen saja yg boleh ~ sesuatu undang-undang. 3. menyatakan tidak jadi diteruskan; membuat supaya tidak jadi: Amerika telah ~ bantuannya kpd negara-negara yg bermusuh dgnnya. pembatalan hal atau perbuatan membatalkan. pembatal sesuatu yg membatalkan. | Kamus Pelajar |
harus | 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepentingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan kekurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam; seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan memakai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah diharuskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, kemestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (terjadi), kemungkinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraja | 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulai | 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alam I | 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampai I | 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; ~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; ~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan); b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan dimaksud-kan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan; sesampai, sesampainya sebaik sahaja sam-pai, apabila sampai, setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang ber-tengkar di belakang; sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya; menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; menyampaikan 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, melaporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), memanjangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampainya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |