longgok | himpunan (buah, padi, sampah, dll), onggok, timbun, tompok: buah itu sepuluh sen se~; berlonggok, berlonggok-longgok berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, bertompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ; melonggokkan menghimpunkan, menimbunkan, menompokkan: nasi dilonggokkan di dlm daun itu; longgokan himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; pelonggokan perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan, penimbunan: ~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan pemandangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlonggok | berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, bertompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlonggok-longgok | berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, bertompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enap | ; mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar; mengendap. mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar; mengendapkan. enapan benda yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan. ~ elektrolitik ist enapan yg terjadi semasa elektrolisis. pengenapan perbuatan, proses dsb mengenap atau mengenapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
enap | mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar; mengendap. mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar; mengendapkan. enapan benda yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan. ~ elektrolitik ist enapan yg terjadi semasa elektrolisis. pengenapan perbuatan atau hal mengenap; proses mengenap | Kamus Pelajar |
enap I | sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar, endap, endapan; mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak, mengendap; mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mengendapkan; enapan 1. enap; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa; pengenapan proses mengenap atau mengenapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
longgok | himpunan yg bertindih-tindih dan tidak teratur (bkn barang jualan dll); tompok: jual ~ jualan yg dibuat secara selonggok-selonggok (bukan satu-satu). berlonggok berhimpun secara longgok (bkn barang jualan dll). berlonggok-longgok bertimbun-timbun; bertompok-tompok. melonggokkan menghimpunkan supaya berlonggok; menimbunkan: Mereka ~ buah kelapa yg telah digugurkan itu di satu tempat. longgokan sesuatu yg dihimpunkan berlonggok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlonggok-longgok | bertimbun-timbun; bertompok-tompok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlonggok | berhimpun secara longgok (bkn barang jualan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timbun | kumpulan atau himpunan sesuatu (spt pasir, kayu api) yg berlonggok; se~ pasir. bertimbun 1 bersusun bertindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu. menimbun 1 menutup lubang dsb dgn tanah dll; menimbus: Lubang itu ditimbun dgn tanah. 2 menjadi spt timbun; membukit; banyak sekali: Kain baju yg kotor ~. 3 tambun atau gemuk (bkn badan): badan ~ badan gemuk. menimbuni menjadi sbg timbun pd: Tanah ~ lubang itu. menimbunkan meletakkan sesuatu bersusun-susun hingga merupakan tompokan; melonggokkan; menompokkan: Pekerja-pekerja itu ~ pasir di tepi jalan. tertimbun tertutup oleh tanah dll; terkambus; tertimbus. timbunan 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. penimbunan perbuatan (hal dsb) menimbun atau menimbunkan. penimbun 1 pasir, tanah dll yg ditimbunkan atau utk ditimbunkan. 2 orang yg menimbun lubang dsb atau menimbunkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |