berpagar | ada pagarnya: Rumahnya tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpagar | mempunyai sesuatu sbg pagar: kebun yg tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpagar | ada pagarnya: Rumahnya tidak ~. | Kamus Pelajar |
kandang | 1. tempat atau ruang yg berpagar dsb (utk binatang, terutamanya pd malam hari): ~ kambing; ~ kuda; ~ lembu; 2. ruang yg dikelilingi pagar (garis dll), gelanggang, kalangan; ~ bulan gelanggang bulan; ~ orang salah ruang berpagar (dlm mahkamah) tempat orang yg dituduh sewaktu dijalankan perbicaraan; 3. sl makam, kubur: ia hendak mengunjungi ~ ayahnya Sayid al-Marhum jua; ~ mobil Id setal kereta, garaj; ayam laga se~ prb orang yg bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri; masuk ~ kambing mengembek (membebek), masuk ~ kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn masyarakat di sekeliling; memperlapang ~ musang, mempersempit ~ ayam prb memberi kesempatan kpd orang yg membahayakan tetapi tidak melindungi orang yg kesusahan; pulang ke ~ prb pulang ke tempat asal; mengandangkan memasukkan ke dlm kandang: tiada siapa ~ kerbau kambingnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandang | 1 bangsal atau kawasan berpagar tempat binatang (terutama pd waktu malam): ~ kambing; ~ lembu. 2 ruang yg dikelilingi pagar, garis dll; lingkaran (di keliling bulan, matahari); gelanggang. ~ bulan lingkaran di keliling bulan. ~ orang salah ruang berpagar dlm mahkamah tempat orang yg dituduh. mengandangkan memasukkan (kambing dll) ke dlm kandang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kubu | 1 pagar drpd kayu dll utk menahan serangan musuh dll. 2 tempat bertahan yg diberi berpagar dan dilengkapi senjata; benteng tempat menahan serangan musuh: Mereka membuat ~ di atas bukit itu. 3 tempat yg berpagar utk menangkap gajah. berkubu 1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu. berkubukan menggunakan sesuatu sbg kubu: ~ batang pisang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kandang | 1. bangsal atau kawasan berpagar tempat binatang (terutama pd waktu malam):~ kambing; ~ lembu. 2. ruang yg dikelilingi pagar, garis dll; lingkaran (di keliling bulan, matahari dll); gelanggang. ~ bulan lingkaran di keliling bulan. ~ orang salah ruang berpagar dlm mahkamah tempat orang yg dituduh. mengandangkan memasukkan (kambing dll) ke dlm kandang. | Kamus Pelajar |
limbungan | 1. kawasan berpagar di pantai tempat melabuhkan perahu atau tempat mandi; 2. = limbungan kapal galangan kapal (tempat memperbaiki kapal dll), dok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandang orang salah | ruang berpagar dlm mahkamah tempat orang yg dituduh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
limbung I | 1. kawasan berpagar di pantai tempat melabuhkan perahu atau tempat mandi; 2. = limbungan kapal galangan kapal (tempat memperbaiki kapal dll), dok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |