bertembak-tembakan | berbalas tembak, saling membedil: maka berperanglah Seri Udara dgn Peringgi terlalulah ramai bunyinya ~, bunyi meriam spt halilintar membelah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengudungkan | mengerat (memotong) hujung sesuatu (spt jari, tangan, kaki, dll): berperanglah tetapi jangan ~ anggota badan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorak-sorai | bunyi teriak dan pekik orang ramai kerana gembira dll: Kedua-dua pihak itu pun berperanglah dgn riuh-rendahnya dan gegak gempita dgn tempik ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sorak | , = ~-sorai bunyi teriak dan pekik orang ramai kerana gembira dll: Kedua-dua pihak itu pun berperanglah dgn riuh-rendahnya dan gegak gempita dgn tempik ~. bersorak berteriak kerana gembira dll; berteriak dgn suara yg kuat: Sekalian penonton ~ apabila kedua-dua pasukan itu turun ke padang. menyorakkan meneriakkan atau menyerukan sesuatu dgn kuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sorak, = ~ -sorai | bunyi teriak dan pekik orang ramai kerana gembira dll: Kedua-dua pihak itu pun berperanglah dgn riuh-rendahnya dan gegak-gempita dgn tempik ~. | Kamus Pelajar |
berapatan | menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang berbedil-bedil senapang dan pemburas sebelah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalulah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, bersekali: orang-orang dlm negeri itu telah berselisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemudian ~ zuhur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berapat | 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang berbedil-bedil senapang dan pemburas sebelah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalulah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, bersekali: orang-orang dlm negeri itu telah berselisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemudian ~ zuhur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramai | 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn bertengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramainya dibawanya ke hadapan Bendahara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menyebabkan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, membanyakkan: ~ kaum keluarga; 3. menjadikan gembira, memeriahkan: ia mengucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menyerang beramai-ramai, membanyaki: malangnya tok guru diperamaikan dan mati ditikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembak I | (témbak) ; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara (sbg amaran); hukum ~ hukum bunuh dgn cara dibedil; kena ~ kena bedilan dgn senjata api; ~ yg beralamat, tujuan yg bermaksud prb tiap-tiap perbuatan ada maksudnya; bertembak-tembakan berbalas tembak, saling membedil: maka berperanglah Seri Udara dgn Peringgi terlalulah ramai bunyinya ~, bunyi meriam spt halilintar membelah; menembak 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang, pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki berbuat bohong, membohongi; ~ jatuh menembak sesuatu (spt kapal terbang dll) dan menyebabkannya jatuh (terhempas dsb); ~ mati menembak dan menyebabkannya mati; tembak-menembak saling menembak, ber-tembak-tembakan: menghentikan ~; menembaki menembak beberapa kali (pd), sering kali menembak pd; menembakkan 1. melepaskan peluru senjata api, menembak dgn: kapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh; 2. menen-dang bola ke arah gol; tertembak ditembak, kena tembak: dlm per-tempuran itu seorang mata-mata telah ~ mati; tembakan hasil menembak, letusan senjata api dll: kami telah terbangun kerana ada ~; penembakan perbuatan menembak: laporan mengenai ~ di masjid al-Aqsa pd bulan April ini memberi bukti lanjut kpd pelaporan yg berat sebelah; penembak 1. orang yg menembak; 2. alat (senjata) utk menembak; ~ curi orang yg menembak musuhnya secara sembunyi-sembunyi atau dr tempat yg terselindung, biasanya dr jarak yg agak jauh; ~ tepat orang yg cekap menembak sesuatu sasarannya dgn tepat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kudung I | terkerat atau terpenggal (kaki, tangan, jari, dll), terpotong pd hujungnya: kedua-dua belah kaki pengemis itu ~; bagai si ~ mendapat cincin prb beroleh untung tetapi tidak dapat merasai nikmatnya; sekudung sekerat, sepenggal, sepotong; ~ limbat, ~ lintah prb goyang atau tidak teguh pendiriannya; mengudungkan mengerat (memotong) hujung sesuatu (spt jari, tangan, kaki, dll): berperanglah tetapi jangan ~ anggota badan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |