Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : menjadi lain, bertukar (rupa, warna, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Nampak dari Kuala Segamat,
     Di situ banyak pokok pauh;
Berubah hati berdebar semangat,
     Kerana bertemu kampung bertuah.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Neraca palingan bungkal,
     hati palingan Tuhan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(34)

424

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah,'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(38)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ubah ansurperubahan yg berlaku secara beransur-ansur; evolusi. berubah ansur berubah secara beransur-ansur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
statikberada dlm keadaan tidak aktif (tidak bergerak-gerak, tidak berubah), tidak berubah (tingkatan kemajuan dll): dasar pemerintah zaman itu ialah mengekalkan satu masyarakat yg ~; pasaran saham menjadi ~ apabila keadaan politik tidak stabil; menstatikkan menyebabkan statik; kestatikan perihal, keadaan atau sifat statik.Kamus Dewan Edisi Keempat
berubah ansurberubah secara beransur-ansur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berubah ansurberubah secara beransur-ansur.Kamus Pelajar
ubahberubah ansur berubah secara beransur-ansur.Kamus Pelajar
statik(static)1. Tidak berubah atau tidak mampu berubah mengikut perubahan masa. 2. Cas elektrik statik yang boleh merosakkan litar komputer.Kamus Komputer
bertukar fikirana. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tukar; bertukar~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pendapat atau berubah fikiran. c. gila.Kamus Pelajar
berbalik1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot;Kamus Dewan Edisi Keempat
berubah1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas