Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[biar.pun] | بيارڤون

Definisi : meskipun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[biar.pun] | بيارڤون

Definisi : meskipun; walaupun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biarpun

Peribahasa

Biarpun kucing naik haji,
     pulangnya mengeong juga.

Bermaksud :

Pembawaan yang tidak dapat diubah.

 

Lihat selanjutnya...(20)

300

The leopard does not change his spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard does not change his spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
biar1. agar, supaya: berilah aku wang, ~ aku beli baju itu; 2. lebih baik (drpd): ~ mati drpd menanggung malu; 3. = ~lah tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan: ~ mati anak, jangan mati adat; ~ mati (dll) ~ hidup (dll) baik mati (dll) mahupun hidup (dll): ~ besar, ~ kecil asal ada; ~ begitu walau begitu; biarnya biarpun; biarpun meskipun; membiarkan 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; terbiar 1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja; keterbiaran keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~; kebiaran terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
biarpunmeskipun; walaupun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
biarpunmeskipun;Kamus Dewan Edisi Keempat
biarpunmeskipun; walaupun.Kamus Pelajar
walaupunbiarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
biarnyabiarpun;Kamus Dewan Edisi Keempat
meskipunsungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerambilkelapa, nyiur; biarpun setandan bagai ~, namun untung berlain-lain prb walaupun bersaudara kan­dung, keadaan masing-masing masih berlain­an; memagar ~ condong, buahnya jatuh ke ladang orang prb kita yg memelihara (ber­susah payah), orang lain yg mendapat faedah atau hasilnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kendatipunwalaupun, meskipun, biarpun: janggallah sekiranya permulaan babak ini didahului oleh si gadis, kendatipun begitu, tentunya ada juga yg berlaku;Kamus Dewan Edisi Keempat
sekalipunmeskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas