Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila mana


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kapan IIJw 1. bila, bila mana: ~ lagi kita pergi ke sana; aku berbicara ~ saja dan di mana saja; 2. bukankah: mengapa ditagih lagi, ~ sudah dibayar; kapan-kapan bila-bila masa saja, sewaktu­waktu, sebarang waktu: ~ boleh datang ke rumah saya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bilakata tanya utk menanyakan waktu yg mana; ketika yg mana: ~kah kamu akan berangkat? bila-bila sebarang masa; masa atau waktu yg tidak ditentukan: ~ pun kita boleh pergi makan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bilakata tanya utk menanyakan waktu yg mana; ketika yg mana: ~ kamu akan berangkat? bila-bila sebarang masa; masa atau waktu yg tidak ditentukan. ~pun kita boleh pergi makan.Kamus Pelajar
bila1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sahaja1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh ~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~; siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang: disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10. spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan; bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pe­ngaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar; menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja sebab akal budak; menyahajakan 1. menyederhanakan, memu-dahkan; 2. melakukan dgn sengaja; kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan; persahajaan perihal bersahaja; saja.Kamus Dewan Edisi Keempat
adverbakata yg menjawab pertanyaan bagaimana, bila, di mana dan menerangkan kata kerja, adjektif dll (spt dgn baik, dgn cepat, dahulu, sering); kata keterangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
adverbkata yg menjawab pertanyaan bagaimana, bila, di mana dan menerangkan kata kerja, adjektif dll (spt dgn baik, dgn cepat, sangat, dahulu, di sana dsb); kata keterangan.Kamus Pelajar
meluncungkanmelancipkan, meruncing­kan: bila ditanya ibunya di mana, ia ~ mulut­nya ke arah dapur.Kamus Dewan Edisi Keempat
luncung IIberbentuk tirus tetapi pepat pd hujungnya; dihentak alu ~ prb dikalahkan oleh orang bodoh; meluncungkan melancipkan, meruncing­kan: bila ditanya ibunya di mana, ia ~ mulut­nya ke arah dapur.Kamus Dewan Edisi Keempat
barang1. benda: apabila ada ~ dibelikan suami janganlah ~ itu tertanggal dr badan lagi; 2. (segala) sesuatu, apa sahaja: Serang Sakar pembengis dan kasar ~ cakapnya; 3. lebih kurang, kira-kira: ada ~ tiga musim antaranya maka datanglah kapal itu; 4. agar, mudah-mudahan: ia meminta doa kpd Tuhan ~ dianugerah-Nya akan mereka tempat yg kebajikan; 5. baik, walau: ~ ke mana pergi dibawanya anaknya; 6. semestinya, sepatutnya, sewajarnya: itu sudah ~ tentu; ~-~ antara (Eko) barang-barang yg digunakan utk membawa barang-barang lain; ~ apa segala sesuatu, apa sahaja; ~ bahan Id barang yg akan dibuat sesuatu; ~ baki (Eko) barang-barang sebuah syarikat dll yg disenaraikan serta nilainya, inventori; ~ besi (logam,tanah, dll) barang yg dibuat drpd besi (logam, tanah, dll); ~ bila (kala) sesuatu waktu, bilabila saja; ~ cetak(an) barang-barang yg dicetak (spt buku, majalah, dll); ~ dagangan barang-barang yg akan dijual; ~ ekonomi barang-barang yg terbatas banyaknya dan boleh dijualbelikan; ~ gelap barang yg tidak sah (barang curian, barang seludupan); ~ kemas (perhiasan, persolekan) barang yg dipakai utk kecantikan; ~ kes (Udg) objek, dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan; ~ mewah barang-barang yg dipakai utk kemegahan (kecantikan); ~ modal (Eko) barang-barang yg dipakai utk menghasilkan barang lain; ~ orang sebarang orang; ~ pakaian segala macam pakaian; ~ pecah belah (pecahan) ark barang tembikar; ~ pembantu (Eko) barang-barang yg menambah pendapatan; ~ penanding (Eko) barang-barang yg menandingi atau boleh jadi pengganti kpd barang lain; ~ penggenap (Eko) barang-barang yg menambah penggunaan barang lain kalau ditambah penggunaannya; ~ pusaka barang peninggalan orang tua dll; ~ runcit barang yg dijual sedikit-sedikit; ~ seni hasil kesenian; ~ sesuatu segala sesuatu, segala apa; ~ siap barang yg sudah diproses utk jualan; ~ siapa sesiapa saja; ~ tetap harta benda yg tidak dapat dipindah-pindahkan (rumah, tanah, dll); ada wang ada ~ kalau sanggup membayar tentu mendapat barang yg lebih baik;barang-barang 1. barang; 2. = sebarang; sebarang biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa;barangan (Eko) benda atau perkhidmatan yg dijualbelikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas