perduaan(binary) | 1. Bersifat atau mempunyai dua ciri. 2. Sistem nombor yang berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1. | Kamus Komputer |
titik perduaan(binary point) | Titik yang memisahkan bahagian integer atau angka bulat nombor perduaan daripada bahagian pecahannya. Misalnya, 1011.0111. | Kamus Komputer |
sistem perduaan(binary system) | Sistem nombor yang menggunakan dua angka asas berbanding dengan sistem perpuluhan yang berdasarkan 10 angka asas. Dua angka tersebut, iaitu 0 dan 1, digunakan untuk melambangkan sebarang nombor. | Kamus Komputer |
sel perduaan(binary cell) | 1. Komponen sistem yang hanya boleh memegang satu daripada dua keadaan pada satu ketika. 2. Kedudukan di dalam daftar atau ruang ingatan yang hanya boleh dimuatkan dengan satu bit. | Kamus Komputer |
rantai perduaan(binary chain) | Rangkaian litar flip-flop yang disambung secara lata. Keadaan flip-flop yang terdahulu akan mempengaruhi keadaan flip-flop yang selepasnya. | Kamus Komputer |
peranti perduaan(binary device) | 1. Peranti yang dapat mengendalikan dua keadaan logik, seperti 0 dan 1. 2. Peranti yang hanya memperlihatkan dua keadaan logik seperti `nyala` dan `padam`. | Kamus Komputer |
pemuat perduaan(binary loader) | Atur cara kawalan dalam sistem pengendalian yang digunakan untuk memuatkan data atau atur cara dalam bentuk kod perduaan ke dalam ingatan utama sistem. | Kamus Komputer |
nombor perduaan(binary number) | Nombor yang menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1. | Kamus Komputer |
kod perduaan(binary code) | Sistem pengekodan yang menggunakan hanya dua kod asas, seperti 0 dan 1, tutup buka, atau padam nyala, bagi mengekodkan sebarang data. | Kamus Komputer |
gelintaran perduaan(binary search) | Kaedah pencarian data dengan membahagikan butir-butir data kepada dua kelompok. Kedua-dua kelompok kemudian dinilai dan kelompok yang lebih berkemungkinan ada datanya dipilih. Pembahagian kepada dua kelompok kemudian dilakukan terhadap kelompok tersebut dan kelompok seterusnya sehingga data yang dicari dijumpai. | Kamus Komputer |