adat dagang, tahan menawar | barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawar II | bp = menawar; bidan ~ bidan yg diundang (ditempah) terlebih dahulu, lwn bidan terjun; adat dagang, tahan ~ barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya; bertawar-tawaran tawar-menawar; menawar 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia mengeluarkan duit dr dlm dompetnya dan membayar; 3. menyebutkan berapa “kurangnya” drpd harga yg diletakkan oleh penjual dll: boleh ~ sedikit; tawar-menawar saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing; menawari ark mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa, dipakai, dll): seorang pemuda yg sedang duduk telah bangun dan ~ gadis itu tempat duduknya; menawarkan mengunjukkan (mengemukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): se-orang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan;tawaran 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi menyewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;penawaran perihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menye-babkan ~ beras dunia semakin berkurangan; penawar orang yg menawar, pemohon, pelamar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masakan | mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muktamad | Ar 1. (orang) yg dipercayai, (orang yg) boleh dipercayai, kepercayaan; 2. tidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tetap: keputus-an jawatankuasa dlm hal yg berhubung dgn peraduan ini adalah ~; memuktamadkan memutuskan atau menetapkan sesuatu cadangan (rancangan, keputusan dsb) secara muktamad: kabinet ~ ca-dangan eksport dlm usaha utk mewujudkan imbangan dagangan; Bank Negara ~ garis panduan itu; kemuktamadan keadaan muktamad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masa II | = masakan mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tum-buh, ~ bumi tidak terima; ~ bodoh a) tidak mempedulikan apa-apa; b)terserah; bersikap ~ bodoh tidak mempedulikan atau mengendahkan (hal orang lain dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
piutang | wang yg dipinjamkan kpd orang dan boleh diminta kembali. berpiutang ada wang yg dipinjamkan kpd orang lain. memiutangi memberikan pinjaman wang kpd. memiutangkan menjual barang dagangan dan harganya dijadikan piutang (tidak dibayar tunai). pemiutang orang yg memberikan piutang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
piutang | wang yg dipinjamkan kpd orang dan boleh diminta kembali. berpiutang ada wang yg dipinjamkan kpd orang lain. memiutangi memberikan pinjaman wang kepada. memiutangkan menjual barang dagangan dan harganya dijadikan piutang (tidak dibayar tunai). pemiutang orang yg mnemberikan piutang. | Kamus Pelajar |
piutang | wang yg dipinjamkan kpd orang (boleh ditagih kembali); hutang ~ wang yg dipinjam drpd orang lain dan yg dipinjamkan kpd orang lain; si ~ orang yg memberikan pinjaman wang; berpiutang mempunyai wang yg dipinjamkan kpd orang: yg berhutang membayar dan yg ~ menerima; memiutangi meminjamkan wang kpd orang; memiutangkan menjualkan barang dagangan dll dgn berhutang (pembayarannya dilakukan kemudian); pemiutang orang atau pihak yg memberikan pinjaman, pemberi pinjaman (hutang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amanah | 1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan yg menentukan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional; 7. ark pesan, amanat; beramanah ark beramanat; mengamanahkan 1. mempercayakan (menyerahkan kepercayaan) kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakhoda Jaya; 2. ark mengamanatkan; pengamanahan perihal (perbuatan, tindakan dsb) mengamanahkan: penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah upacara ~ tanggungjawab kpd pembawa adat; pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan, melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menaruh | 1 meletakkan sesuatu di sesuatu tempat; menempatkan: Rumah ini tempat ~ barang dagangan. 2 meletakkan atau menentukan harga: Harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi. 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di bank. 4 menambahkan sesuatu pd; membubuh; menokok: Sesudah ditaruh asam garam, barulah boleh digoreng. 5 mempunyai perasaan (spt kasih, sayang): Ada juga yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya yg malang itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |