Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kan.bu.kan] | بوکن٢

Definisi : 1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar: fitnah yg ~;memikirkan perkara yg ~; bertanya yg ~; melepaskan kata nista yg ~; 2. amat sangat: ~ bodohnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kan.bu.kan] | بوکن٢

Definisi : 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan-bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)

187

There are plenty more fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

"Don't be sad. There are plenty of more fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
impi; mengimpi berangan-angan yg bukan-bukan; bermimpi. mengimpikan mengangan-angankan sesuatu yg bukan-bukan. impian sesuatu yg diimpikan; cita-cita yg bukan-bukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menerawang khayalmemikirkan yg bukan-bukan, melamun; ~ langit (udara) = ~ langit mengu­kir jagat mengangan-angankan yg bukan-bukan, menggantang asap;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengawang1 naik tinggi-tinggi (ke udara); melangit. 2 tidak menentu dan bukan-bukan (ttg apa-apa yg ada dlm ingatan dsb): fikirannya ~ memikirkan yg bukan-bukan; berkhayal. 3 tidak hati-hati (ketika melakukan sesuatu): Kalau menembak, bidiklah baik-baik, jangan ~ saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
awang II; awang-awang, awang-awangan ruang di antara langit dgn bumi; angkasa. mengawang 1 naik tinggi-tinggi (ke udara); melangit. 2 tidak menentu dan bukan-bukan (ttg apa-apa yg ada dlm ingatan dsb): fikirannya ~ memikirkan yg bukan-bukan; berkhayal. 3 tidak hati-hati (ketika melakukan sesuatu): Kalau menembak, bidiklah baik-baik, jangan ~ saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan main­an;Kamus Dewan Edisi Keempat
olah I1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. per­buatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. per­buatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan main­an; seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: me­langkah indah, ringan, cepat ~ tak ber­pijak di lantai; berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; memperolahkan 1. mempermainkan, mem­per­olok-olokkan, mempersendakan; 2. mem­perdayakan, menipu; olahan suka berperangai, suka bertingkah: se­orang laki-laki yg keterlaluan ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
oceh(océh) Jk; mengoceh 1. berbunyi (bu­rung), berkicau; 2. bercakap yg tidak keruan (bukan-bukan), berceloteh, mengobrol, mera­pik, mericau: ia terkekeh-kekeh lalu berkata tidak keruan dan ~ ke sana-sini; mengocehkan mengatakan sesuatu dgn tidak tentu pokok pangkalnya: Tarman yg tidak berpuas hati terus ~ hal itu lagi; ocehan1. kicauan: sukarlah baginya utk memahami ~ burung itu; 2. kata-kata tidak keruan (bukan-bukan), celoteh, ricauan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bukan-bukan1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bukan-bukan1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar: fitnah yg ~;memikirkan perkara yg ~; bertanya yg ~; melepaskan kata nista yg ~; 2. amat sangat: ~ bodohnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas