Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buku nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ruas Ibahagian di antara buku dgn buku (buluh, jari, tebu, dll): ~ buluh; beberapa ~ tebu; beberapa ~ lemang beberapa batang lemang; bertongkat ~ bertelekan, berteleku; sbg betung se~ jujur benar, lurus hati; bertemu (berjumpa) ~ dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ~ prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal); terhentak ~ ke buku prb Mn hilang akal; tinggi terbawa oleh ~ nya prb perihal se­seorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar; beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya: kaki yg ~; binatang yg mempunyai anggota ~; buluh yg tidak ~ buluh yg tidak ada ruasnya; peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pd tulang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menterjemahkan1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, men­tafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemah­kan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekira­nya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan;Kamus Dewan Edisi Keempat
terjemahmenterjemah membuat kerja-kerja terjemahan; menterjemahkan 1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, men­tafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemah­kan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekira­nya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan; terjemahan 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; ~ bebas cara men­terjemah yg menunjukkan bahawa pen­terjemah tidak mengikuti gaya penulisan atau penyampaian penulis asal karya yg diter­jemah­kan; penterjemahan perihal (kerja, usaha, dsb) menterjemahkan; penterjemah orang yg menterjemahkan sesuatu, juruterjemah.Kamus Dewan Edisi Keempat
muka1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. se­belah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi se­benarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuat­buat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa men­jelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), mem­beri pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya di­terima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisah­kan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), ber­temu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-ha­dapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) me­ngemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur.Kamus Dewan Edisi Keempat
kulit1 lapisan yg di sebelah luar tubuh manusia (binatang, buku dll): ~nya hitam manis. ~ buaya dpt dibuat kasut. ~ buku itu tebal. 2 bahagian luar yg menyaluti buah-buahan (batang pokok, telur dll): ~ buah durian berduri-duri. ~ kayu itu tebal dan keras. ~ ari a. selaput yg tipis pd isi kelapa (beras dll). b. lapisan kulit tipis (pd tubuh manusia). ~ bumi lapisan yg di sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu, tanah dll. ~ kayu manis kulit kayu yg manis dan pedas rasanya (biasanya dijadikan ramuan dlm masakan). berkulit mempunyai kulit; ada kulitnya: Pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis. Buku yg dibawanya itu tidak ~. mengulit bersalin atau bertukar kulit (bkn ular dll). menguliti 1 menyiat atau membuang kulit binatang yg disembelih dll. 2 memberi berkulit (bkn buku dsb): Kerjanya ~ buku. perkulitan tempat menyamak kulit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kira-kira1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka;Kamus Dewan Edisi Keempat
rampaian1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa me-nulis sambung; ~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan).Kamus Dewan Edisi Keempat
mengembangkan1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyu­kakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, ter­sebar, dsb), memajukan, meluaskan, menye­barkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganut­nya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh;Kamus Dewan Edisi Keempat
pegangan1. sesuatu yg dipegang: kerana terburu-buru habis bertaburan ~nya; 2. baha­gian sesuatu benda tempat dipegang (tangkai, hulu, dll); 3. pekerjaan (daerah dll) yg di­pegang: dan Tun Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir; 4. sesuatu yg dijadikan dasar utk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian: ada beberapa perkara yg harus diingat dan dijadikan ~; buku ~ buku pe­doman; hilang ~ hilang kepercayaan; 5. per­buatan memegang: dicubanya melepaskan diri drpd ~ orang itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
peninggalan1. sesuatu yg ditinggalkan, pusaka, warisan: ~nya, sebuah buku, seka­rang ini terletak di hadapan saya di atas meja; 2. = sepeninggalan seberangkatan, sepemer­gian, sesudah matinya: sepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra; 3. sesuatu sisa atau bekas dr zaman dahulu (purbakala): saya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas