Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buru;

Peribahasa

Deras datang dalam kena.

Bermaksud :

Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
buru; buru-buru bergegas-gegas, cepat-cepat: seorang doktor ~ dipanggil; berburu mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;berburu-buru 1. berkejar-kejar, berkejar beramai-ramai: orang kampung riuh ~ pencuri yg lari itu; 2. bergesa-gesa, bergegas: penumpang ~ naik bas;memburu 1. mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; terburu = keburu Jk 1. (dapat) dikejar: tak akan ~ oleh kau kereta itu; 2. Jk ki melampau sangat (menghendaki sesuatu dll): ~ nafsu (hati); terburu-buru dlm keadaan tergesa-gesa: fikirkan dgn tenang, jangan ~; buruan orang, binatang atau sesuatu yg diburu: agama juga merupakan ~ jiwa yg berterusan; orang ~ orang yg dicari oleh polis (kerana melakukan sesuatu kejahatan); binatang ~ binatang yg diburu; perburuan 1. binatang yg diburu: ~ banyak di hutan ini; 2. perkakas (kelengkapan dll) utk berburu: anjing ~; 3. perihal (perbuatan) berburu: maka Seri Betara pun segeralah menitahkan Raden Aria pergi bertanyakan khabar ~; 4. tempat berburu;pemburuan perihal (perbuatan dsb) memburu;perburu orang yg berburu (binatang): adapun Seri Teri Buana dgn segala laki-laki ~; ~ gajah orang yg berburu gajah;pemburu 1. orang yg memburu; 2. alat (kelengkapan dll) utk berburu; anjing ~ anjing utk memburu; hantu ~ sl hantu yg mempunyai rupa anjing; kapal (kapal terbang) ~ kapal (kapal terbang) yg kecil dan laju utk mengejar kapal (kapal terbang) musuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
gabas IIMn gopoh-gopoh, buru-buru, gesa-gesa;menggabas menggesa-gesakan;tergabas terburu-buru, tergesa-gesa, tergopoh-gopoh: kerana takut, penuntut itu membuat pekerjaannya dgn ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
buru-burubergegas-gegas, cepat-cepat: seorang doktor ~ dipanggil;Kamus Dewan Edisi Keempat
buru; berburu mengejar atau mencari binatang di hutan (sbg pekerjaan): Mereka ~ rusa utk mengambil tanduknya. berburu-buru 1 berlari-lari mengejar: Mereka bersorak-sorak sambil ~ bola. 2 = terburu-buru tergesa-gesa hendak cepat: Ia ~ ke stesen kereta api tetapi terlambat juga. memburu 1 mengejar kerana hendak menangkap atau menyusuli sesuatu: Orang ramai dilarang ~ binatang di kawasan ini. 2 berusaha sungguh-sungguh supaya mendapat apa-apa yg dihajati: Di samping ~ kekayaan, janganlah kita lalai mengerjakan ibadat kpd Tuhan. buru-memburu berkejar-kejaran antara satu dgn yg lain; berhambat-hambatan. buruan apa-apa yg diburu: binatang ~ binatang yg diburu; orang ~ orang yg dicari oleh polis kerana melakukan sesuatu kesalahan. perburuan 1 perbuatan atau hal berburu. 2 apa-apa yg digunakan utk berburu: anjing ~. 3 tempat berburu. pemburuan perbuatan atau hal memburu. perburu orang yg kerjanya berburu binatang. pemburu 1 orang yg memburu sesuatu: Seorang ~ telah mati tertembak oleh temannya sendiri. 2 alat yg digunakan utk memburu: kapal ~ kapal yg kecil tetapi amat laju utk mengejar kapal musuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
buruberburu mengejar atau mencari binatang di hutan (sbg pekerjaan): Mereka ~ rusa utk mengambil tanduknya. berburu-buru 1 berlari-larian mengejar: Mereka bersorak-sorak sambil ~ bola. 2 = terburu-buru tergesa-gesa hendak cepat: Ia ~ ke stesen kereta api tetapi terlambat juga. memburu 1 mengejar kerana hendak menangkap atau menyusuli sesuatu: Orang ramai dilarang ~ binatang di kawasan ini. 2 berusaha sungguh-sungguh supaya mendapat apa-apa yg dihajati: Di samping ~ kekayaan, janganlah kita lalai mengerjakan ibadat kpd Tuhan. buru-memburu berkejar-kejaran antara satu dgn yg lain; berhambat-hambatan. buruan apa-apa yg diburu: binatang ~ binatang yg diburu; orang ~ orang yg dicari oleh polis kerana melakukan sesuatu kesalahan. perburuan 1 perbuatan atau hal berburu. 2 apa-apa yg digunakan utk berburu: anjing ~. 3 tempat berburu. pemburuan perbuatan atau hal memburu. perburu orang yg kerjanya berburu binatang. pemburu 1 orang yg memburu sesuatu: Seorang ~ telah mati tertembak oleh temannya sendiri. 2 alat yg digunakan utk memburu: kapal ~ kapal yg kecil tetapi amat laju utk mengejar kapal musuh.Kamus Pelajar
kejarhambat, buru; main ~-~ main hambat­-menghambat (sj permainan kanak-kanak); berkejar pergi dgn terburu-buru (ke sesuatu tempat), meluru (ke sesuatu tempat), berlari cepat (utk mendapatkan seseorang): dua buah kereta bomba telah ~ ke tempat kebakaran itu; berkejaran, berkejar-kejaran berlari bera­mai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat­menghambat (buru-memburu): dua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; beberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah; mengejar 1. berlari dll utk mengikuti (men­dapatkan, menangkap) seseorang atau se­suatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, ber­sungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih di-kejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang; mengejarkan 1. menghantar atau mem­bawa dgn seberapa segera (dgn terburu-buru): dia telah dikejarkan ke rumah sakit dlm keadaan luka parah; 2. membuat supaya me­ngejar (seseorang atau sesuatu); terkejar dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yg lari dll), terhambat, tersusul; tidak ~ tidak terikut (tersusul); terkejar-kejar terlari-lari, terburu-buru, ter­gesa-gesa: pemuda itu datang ~ hendak menari dgn Jasmah; kejaran perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan: lari dr ~ musuh; seorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung; pengejaran perihal (perbuatan) mengejar, pemburuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
buru-memburuberkejar-kejaran antara satu dgn yg lain; berhambat-hambatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
buru-memburuberkejar-kejaran antara satu dgn yg lain; berhambat-hambatan.Kamus Pelajar
kejar; berkejar pergi ke sesuatu tempat dgn terburu-buru; pergi dgn segera: Kami semua ~ ke tempat kemalangan itu. berkejar-kejaran berlari buru-memburu antara satu dgn yg lain; berlari beramai-ramai: Kami bermain-main dan ~ di pantai. mengejar 1 berlari kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Seekor anjing garang telah ~nya. 2 ki berusaha sungguh-sungguh dan bersusah payah utk memperoleh sesuatu: Janganlah kita hanya ~ wang dan pangkat. mengejarkan membawa atau menghantar seseorang (sesuatu) dgn terburu-buru: Orang yg dilanggar motokar itu telah dikejarkan ke hospital. terkejar dpt dikejar; terikut: Dia berlari cepat benar sehingga tidak ~ olehnya. terkejar-kejar terburu-buru. kejaran gerakan utk mengejar; hal mengejar: Kerana ~ tentera Jepun terlalu pantas, mereka berpecah dan lari ke hutan Pahang. pengejaran perbuatan atau hal mengejar; pemburuan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memburu-burumenggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas