Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik I

Puisi
 

Hujan rintik cahaya redup,
     Batang kelici dalam perahu;
Cantik-cantik pun kain dicelup,
     Sudah cuci baru tahu.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perlente(perlénté) 1. suka memakai pakaian cantik-cantik, gagah, kacak, lawa: dia memang seorang ~; 2. bijak berkata-kata.Kamus Dewan Edisi Keempat
memasang badanmenghias diri dgn memakai pakaian yg cantik-cantik dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
comel (comél) I1. cantik dan menarik (bkn kanak-kanak); 2. cantik dan menarik serta kecil orangnya (bkn gadis atau wanita), kecil molek; 3. kecil dan cantik (bkn benda, bina­tang, dsb) kecil dan cantik; mencomelkan menjadikan comel; kecomelan perihal comel.Kamus Dewan Edisi Keempat
cantik Isangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek.Kamus Dewan Edisi Keempat
cantikdpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb); indah: Orangnya ~ serta berbudi bahasa pula. mencantikkan menjadi­kan cantik; mengindahkan. mempercantik menjadikan lebih cantik; memperindah. kecantikan hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong. pencantikan perbuatan atau hal mencantikkan. pencantik sesuatu yg mencantikkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melawakanmenjadikan lawa (dgn memakai atau berhias): Hasnah bermekap dan memakai pakaian yg cantik-cantik utk ~ dirinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
cantikdpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb); indah: <i>Orangnya ~ serta berbudi bahasa pula.i> mencantikkan menjadikan cantik; mengindahkan. mempercantik menjadikan lebih cantik; memperindah. kecantikan hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: <i> ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong.i>Kamus Pelajar
mempertontonkanmemperlihatkan (sandiwara dll), memperagakan, memper­tunjuk­kan, mempamerkan (lukisan dll): dipertontonkan sebuah drama di televisyen kita; melihat-lihat barang yg cantik-cantik yg dipertontonkan di kedai;Kamus Dewan Edisi Keempat
comel I/comél/ 1 cantik dan menarik (ttg kanak-kanak): Bayi itu sangat ~. 2 cantik dan manis (ttg gadis atau wanita); kecil molek. 3 kecil dan cantik (ttg benda, binatang dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
lawa Icantik (orang, perhiasan, dll), bergaya, indah, menarik hati, segak: bentuk mukanya lebih ~ drpd kedua-dua kawannya; melawa memakai atau berhias (supaya kelihatan lawa), melagak, meraga: tiap-tiap hari selepas bekerja, dia ~; melawakan menjadikan lawa (dgn memakai atau berhias): Hasnah bermekap dan memakai pakaian yg cantik-cantik utk ~ dirinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas