Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cap] | چڤ

Definisi : 1. alat utk menurunkan bekas atau kesan tanda (tandatangan, nama, dll) dgn menekan­kannya di atas kertas (surat dll), tera: ~ ini dibuat drpd getah; 2. cetak, cetakan; huruf ~ huruf cetak (bukan huruf tulisan); kain ~ kain yg dicetak (tidak dibatik); tukang ~ tukang mencetak buku; 3. bekas atau kesan (tanda, gambar, tandatangan, dll) yg dibuat dgn cap: tiap-tiap surat perjanjian itu mesti ada ~ pegawai daerah, barulah boleh diterima; 4. tanda yg berupa gambar dll (utk barang dagangan dll): Datuk Ujang menghulurkan sebatang cerut ~ ayam; 5. ki ciri, sifat (keadaan, watak, dll); dgn demikian kelihatan ~nya keadaannya yg sebenarnya; ~ batu cetakan yg dibuat dgn batu, litograf; ~ dagang(an) tanda (gambar, nama, dll) yg digunakan dlm perdagangan (pd barang­barang dll); ~ jari bekas tekanan jari (utk ganti tandatangan atau utk mengenali orang yg memiliki jari itu); ~ kempa sl tera (cap) diraja kerajaan Melayu; ~ mohor a) cap kerajaan (tera kerajaan): Sultan Johor telah mengurniakan ~ mohor kpd Raja Melewar; b) cap pd mata wang; mengecap 1. membubuh atau menaruh cap, menjadikan bercap; 2. mencetak (buku, surat khabar, kain, dll): surat khabar Utusan Melayu telah ~ berita itu dgn huruf-huruf kasar di muka hadapannya; 3. memberi bertanda: bilangan gigi gear itu ada dicap pd gear tersebut; 4. ki menganggap sbg, menuduh atau menamai: Amerika sendiri mungkin dicap ingin menguasai Vietnam Selatan; kita boleh ~ dia sbg “sasterawan nakal”; cap-mengecap segala usaha cetakan, cetak-­mencetak; mengecapkan menerakan, mencetakkan; pengecapan 1. ark perihal (perbuatan, kerja, dll) mengecap(kan); 2. percetakan; 3. per­usahaan cap-mengecap, pencetakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : sj ukuran besar kira-kira secekak (ibu jari bertemu dgn hujung salah satu drpd jari lainnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : bunyi orang makan atau mengunyah makanan, atau bunyi orang (binatang) ber­jalan di lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : 1 sesuatu gambar (rajah, lambang dll) yg terdapat pd barang dagangan dll sbg tanda: cerut ~ ayam; minyak ~ kapak. 2 tanda, huruf dsb yg dicetak: huruf ~ huruf yg dicetak (bukan ditulis tangan). 3 alat yg berukir sesuatu gambar (hari bulan, nama dll) dan dpt diterakan pd benda-benda lain: Tiap-tiap surat perjanji­an mesti ada ~ pejabat yg bkn. ~ batu cetakan yg dibuat dgn batu. ~ dagangan (niaga) tanda yg digunakan oleh sesuatu badan perniagaan (pd barang-barang dagangannya). ~ jari bekas tekanan jari (sbg ganti tandatangan). ~ mohor a. cap rasmi kerajaan atau raja-raja. b. cap pd mata wang. bercap 1 mempunyai cap. 2 sudah dicap. mengecap 1 membubuh cap; menjadikan bercap: ~ jari. 2 mencetak (buku dll): Syarikat kami sanggup ~ buku dan majalah. 3 ki meng­anggap: Beliau telah dicap sbg batu api di pejabat itu. mengecapkan menerakan sesuatu pd; mencetakkan. tercap telah dicap; termeterai; tercetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cap

Peribahasa

73

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tera1 tanda yg dicapkan dgn timah dll pd surat-surat penting; cap. 2 = cap ~ cap kerajaan atau cap raja; cap mohor. menera membubuh tera; mengecap. menerakan 1 menjadikan sesuatu sbg tera; mengecapkan sesuatu tanda. 2 meniru gambar, peta dll drpd yg asal; menekap. tertera sudah diterakan atau dicapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tera I1. tanda atau cap yg dicapkan (dgn lak, timah, dll) pd surat-surat penting dll; 2. rakam­an yg dibuat dgn cap; 3. = cap ~ cap kerajaan, cap kempa, cap mohor, meterai; 4. tanda yg menentukan ukuran atau sukatan pd sesuatu alat (dacing dll), tanda uji; 5. alat utk mengecap (mencetak dll); menera 1. membubuh tera, mengecap; 2. membubuh tanda uji (pd alat takaran, tim­bangan, dll); 3. mengecap (buku), mencetak: buku ini ditera utk pertama kali pd tahun 1610; menerakan 1. mengecapkan, mencetak­kan; 2. meneladani gambar dll (dgn meniru gambar yg asal dll), menekap: benda itu hendaklah diterakan sebesar saiznya yg sebenar; tertera 1. sudah ditera (dicap), tercap, tercatat, tercetak: spt yg ~ dlm rajah 22; 2. tersebut: asal ~ dlm hadis yg sahih, mereka terimalah; teraan 1. sesuatu yg ditera, cap-capan, cetakan; 2. cap; perteraan percetakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cap teracap kerajaan, cap kempa, cap mohor, meterai;Kamus Dewan Edisi Keempat
mohorcap atau meterai utk memperkenalkan sesuatu; tera: cap ~ cap tanda kebesaran raja; cincin ~ cincin utk memeterai surat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mohorcap atau meterai utk memperkenalkan sesuatu; tera: cap ~ cap tanda kebesaran raja; cincin ~ cincin utk memeterai surat.Kamus Pelajar
mohorcap (yg memperkenalkan sesuatu), tera, materai; ~ syarikat materai syarikat; cap ~ cap raja; cincin ~ cincin utk mematerai surat dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
cap teracap kerajaan atau cap raja; cap mohor.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tera2 = cap ~ cap kerajaan atau cap raja; cap mohor.Kamus Pelajar
jemparingJw, sl anak panah.jempol Id 1. ibu jari; 2. = jempolan yg terbaik, johan; cap ~ cap ibu jari (sbg ganti tandatangan); isapan ~ rekaan sendiri (bkn khabar dll), omong kosong;kejempolan bp kehandalan, keunggulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cap mohora. cap rasmi kerajaan atau raja-raja. b. cap pd mata wang. bercap 1 mempunyai cap. 2 sudah dicap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas