pembawa(carrier) | Isyarat analog yang digunakan dalam pemodulatan untuk membawa data melalui talian penghantaran. | Kamus Komputer |
sistem penghantaran pembawa(carrier transmission system) | Sistem panghantaran data yang turut mengirimkan isyarat pembawa dalam penghantaran. | Kamus Komputer |
pembawa data(data carrier) | Bahantara yang digunakan untuk memegang atau membawa data dari satu tempat ke satu tempat lain. Misalnya, kad tebuk, pita magnet, pita kertas, cakera liut dan isyarat elektrik. | Kamus Komputer |
pembawa cip(chip carrier) | Palam cip yang boleh disumbatkan ke dalam papan litar. Pembawa cip ini memegang cip litar bersepadu dan melindunginya daripada kerosakan semasa penggunaan atau pemasangan. Pembawa cip ini juga memudahkan penggantian cip yang rosak, kerana cip tidak dipateri terus. | Kamus Komputer |
kesan pembawa data(data carrier detect) | Salah satu isyarat kawalan piawaian penghantaran data tak segerak, RS-232C, yang dikirim dari peralatan modem ke komputer. Isyarat ini memberitahu komputer bahawa pembawa data sudah sedia. | Kamus Komputer |
DCD | Singkatan bagi data carrier detect. Lihat kesan pembawa data. 2. Salah satu daripada pin isyarat kawalan piawaian penghantaran data tak segerak RS-232C. | Kamus Komputer |