gamak | pendapat yg dibuat dgn hanya mengagak atau menyangka saja; agak: Inilah rumah Pak Cik Ali ~nya. menggamak 1 memegang-megang dgn tangan kerana hendak mengagak berapa beratnya atau besarnya: Selepas ~ kalung itu, ia meminta supaya harganya dikurangkan sedikit. 2 membuat kesimpulan berdasarkan tekaan atau sangkaan semata-mata; mengagak. 3 memegang-megang sesuatu utk mengancam: Dia berkata-kata dgn keras sambil ~ hulu kerisnya. tergamak sanggup melakukan sesuatu; sampai hati: Masakan dia ~ menghampakan harapan ibunya. tidak ~ a. tidak dpt diteka atau diagak. b. tidak sampai hati; tidak sanggup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gamak | pendapat yg dibuat dgn hanya mengagak atau menyangka saja; agak: Inilah rumah Pak Cik Ali ~nya. menggamak 1. memegang-megang dgn tangan kerana hendak mengagak berapa beratnya atau besarnya: Selepas ~ kalung itu, ia meminta supaya harganya dikurangkan sedikit. 2. membuat kesimpulan berdasarkan tekaan atau sangkaan semata-mata; mengagak. 3. memegang-megang sesuatu utk mengancam:Dia berkata-kata dgn keras sambil ~ hulu kerisnya. tergamak sanggup melakukan sesuatu; sampai hati: Masakan dia ~ menghampakan harapan ibunya. tidak ~ a. tidak dpt diteka atau diagak. b. tidak sampai hati; tidak sanggup. | Kamus Pelajar |
sangka I | 1. pendapat yg hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira: pd ~nya tuan hamba berani; mak cik ~ saya yg mencuri getah mak cik?; tiada ~ sl tiada terkira (terperi, terkhabar, dll); 2. keraguan, kekhuatiran, syak, waham: timbul syak dan ~ dlm hatinya; bersangka 1. mengira, menaksir, menduga, mengagak: janganlah sekali-kali tuan-tuan yg membaca surat ~ bahawa aku memuji diriku; 2. menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas: jangan kita mudah ~ buruk terhadap orang lain; menyangka 1. menduga, mengira: ada orang ~ bahawa kanak-kanak lebih senang meng-ingat sesuatu drpd orang dewasa; 2. menaruh syak, mencurigai: biarlah orang lain ~ jahat akan ibu; 3. menganggap spt, mengira sbg; yg disangka tidak menjadi, yg diam boleh ke dia prb orang lain yg berikhtiar, orang lain pula yg memungut hasilnya; tersangka 1. diduga, dikira; 2. disyaki, dicurigai; sangkaan, persangka, persangkaan apa yg disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak: janganlah kamu menaruh ~ yg buruk-buruk; apa dipedulikan pd persangkaan orang terhadap kita; penyangka orang yg menyangka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merecikkan | menjadikan merecik, memercikkan: panas di dadanya ~ peluh di dahinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
recik | percik; merecik memercik; ~ peluh bertitik peluhnya, terkeluar (terpancur) peluhnya: di dahi kami ~ peluh kepanasan; mereciki memerciki, merenjis: kain yg dipakainya direciki lumpur; merecikkan menjadikan merecik, memercikkan: panas di dadanya ~ peluh di dahinya; recikan percikan: ~ air yg naik ke atas; perecik alat utk mereciki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duduk | 1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh, dll): saya terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; anak kecil itu ~ di atas pangkuan ibunya; 2. tempat letaknya: skru itu tidak betul ~nya, senget; 3. terletak, berada: sebuah lampu yg ~nya 3 meter dr lantai; rumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong; 4. = kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll): pekerjaan berternak kuda lain ~nya dgn bercucuk tanam; 5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah: maka ~lah dia di Sungai Baharu menjadi khatib; sudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah itu; 6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal: malam itu selepas makan, Bakar ~ di biliknya spt biasa; 7. berkahwin, bernikah, bersatu: Tun Teja sudahlah bertunangan dgn raja Pahang dan hampirlah akan ~; 8. hampas (kopi, teh, dll); 9. = terduduk termendak atau mengendap (bkn serbuk kopi, teh, bauran, dll); 10. mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dsb), berada: dia adalah salah seorang wakil rakyat yg ~ dlm Majlis Tertinggi Keselamatan Dalam Negeri; 11. bp sedang (melakukan sesuatu): dia ~ termenung seorang diri; ~ menjahit (membaca, menulis, dll); ~ antara dua sujud duduk selepas sujud yg pertama (di dlm sembahyang orang-orang Islam); ~ berapit duduk di antara dua orang; ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki; ~ berlutut duduk dgn kaki dibengkokkan dan kepala lutut mengenai lantai, bertelut; ~ bernama bunga sekuntum duduk berlutut ketika mengangkat sembah; ~ bersila duduk dgn melipatkan dan menyilangkan kaki; ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; ~ bertindih lutut duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung; ~ bertinggung mencangkung; ~ perut mengandung; ~ berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat selayaknya dlm sesuatu majlis; ~ berkisar tegak berpaling prb mungkir janji atau tidak menepati cakap; ~ di ambung-ambung taji prb orang yg selalu dlm kerunsingan; ~ di dlm tabir langit-langit berbau tembelang prb perempuan yg berkurung dlm rumah tetapi kejahatannya diketahui orang; ~ dlm duri yg banyak, bersandar di tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana; ~ dgn cupak gantang prb ketua yg adil; ~ dgn sukatan prb orang yg kaya; ~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa membuat kerja; ~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb orang yg sama sedarjat; ~ sehamparan, tegak sepermatang prb orang yg sedarjat dlm adat; ~ seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih bernas drpd fikiran yg bersendiri; ~ spt kucing, melompat spt harimau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir; belum ~ sudah berlunjur menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai; jikalau kita ~ di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga; duduk-duduk berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; berdudukan sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dsb): orang-orang yg ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu memandang ke arah mereka yg baru memasuki ruang itu; menduduki 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: beberapa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak diduduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penyerangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ peperiksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati seseorang: pemuda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; mendudukkan 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya; 2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; terduduk 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll); kedudukan 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; sekedudukan 1. sama tarafnya (martabatnya, darjatnya); 2. bersetubuh: ada suami yg terus membunuh laki-laki yg ~ dgn isterinya sendiri; bersekedudukan 1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal bersama (spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak; berkedudukan 1. mempunyai kedudukan (tempat letaknya), terletak, berada: jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~ betul-betul pd nombor 0; 2. mempunyai kedudukan (taraf, darjat, dsb), bertaraf, berdarjat, bermartabat: dia ~ tinggi di mata masyarakat; pendudukan perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai; penduduk orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; berpenduduk mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14 juta orang dlm tahun 1984; kependudukan segala hal mengenai penduduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhirnya | 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya kesudahannya; 2. yg belakang sekali, belakang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya; akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; mengakhiri menghabisi, menyudahi, menamatkan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adiknya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd perkataan spt tumbuhan, mengasihi, mendalamkan, dll); berakhiran mempunyai akhiran; keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya; keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; pengakhiran perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan: ~ mesyuarat; pengakhir sesuatu yg mengakhiri (menamatkan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyapu | 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wali | I 1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yg boleh menikahkan pengantin perempuan: Cik Rabiah masih mempunyai ~ ikrabnya yg kuat, iaitu bapanya sendiri; 2. orang yg diberi kuasa (dlm Islam) utk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa; 3. = ~ Allah = waliullah orang yg dipilih oleh Allah SWT utk mendapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd kehadiran-Nya: saya ini bukannya keramat atau ~ Allah; 4. orang yg memerintah sesebuah daerah (negeri dll); ~ akrab, ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; ~ kota Id datuk bandar; ~ negara Id ketua negara bahagian (pd zaman penjajahan Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat); ~ negeri Id a) ketua negeri; b) Gabenor Jeneral; ~ rumah mamak yg berkuasa dlm rumah adat, tungganai; berwalikan mempunyai seseorang sbg wali; mewalikan bertindak sbg wali, menjadi wali utk; memperwalikan menjadikan seseorang (sbg) wali, menunjuk seseorang sbg wali; kewalian darjat sbg seorang wali: sesiapa yg menafikan ~nya dituduh jahil; perwalian 1. perihal wali; 2. pengasuhan anak yatim serta penjagaan hartanya; 3. pengasuh negara yg belum boleh berkuasa sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oleh | (oléh) 1. (kata sendi nama) utk menunjukkan pembuat dlm ayat-ayat pasif: daerah yg ditawan ~ musuh; ditimbus ~ tanah longsor; 2. sebab, akibat, kerana: ~ tiada jalan lain hendak menyelamatkan dirinya, ia mencuba hendak terjun ke dlm air; mati ~ kerisnya sendiri; 3. pada, bagi, untuk: tampak ~nya seorang tua berjalan di tengah-tengah sawahnya; 4. (ke) pada (yg menyatakan hubungan keluarga): ia pun sepupu juga ~ tuan; ia anak yg satu-satunya ~ pak cik saya; 5. dengan: pokok-pokok yg lebat ~ buah; dewan yg penuh sesak ~ orang ramai; ~ itu = ~ sebab itu = ~ yg demikian lantaran itu; beroleh 1. mendapat, menerima: ~ anak lelaki; ~ kebajikan; ~ kesenangan; 2. sl boleh, dapat: ~ selamat sempurnalah anakanda drpd sekalian bencana; memperoleh mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg diperolehnya berlipat ganda; pemerolehan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) memperoleh; pemeroleh pihak (orang, firma dsb) yg memperoleh sesuatu: pindaan itu membolehkan pihak yg berkenaan memindahkan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak;perolehan sesuatu (barang, hasil, dll) yg diperoleh: ~ padi tahun ini lebih baik drpd tahun lalu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |