menggertukkan | menggoncangkan kuat-kuat: cubalah gertuk tikar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggertuk | menggoncangkan kuat-kuat: cubalah gertuk tikar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengandaikan | menganggap mungkin terjadi, memisalkan, mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yg akan kaulakukan? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untung-untung | 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gertuk | bunyi mengetuk-ngetuk; menggertuk, menggertukkan menggoncangkan kuat-kuat: cubalah gertuk tikar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menandingkan | 1. menjadikan sbg tandingan (lawan, imbangan); 2. meletakkan berdekatan (utk mengetahui beza atau persamaan dll), membandingkan: ~ keadaan sebelum dan sesudah perang; cubalah tandingkan gadis itu dgn bekas tunangannya, jauh perbezaannya, spt langit dgn bumi! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umat | 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi: ~ Islam terdiri drpd bermacam-macam bangsa dgn berbagai-bagai bahasa; 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai: ~ Asia-Afrika; 3. segolongan manusia, bangsa: ayuhai kaum bangsaku, cubalah kita renungkan keduduk-an ~ kita, Melayu! 4. = ~ manusia seluruh bangsa manusia, sekalian manusia: Nabi bagi segala ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andai I | = andai-andai misal, umpama; andainya, seandainya, andaikan misalnya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; berandai-andai bercakap-cakap, berunding; mengandaikan menganggap mungkin terjadi, memisalkan, mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yg akan kaulakukan? terandaikan dapat diandaikan: tidak ~ adanya perbezaan antara dua hak yg serupa; andaian, andai-andaian contoh atau misalan (yg tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yg dikemukakan utk menjelaskan sesuatu hujah (utk dijadikan bandingan dll): cakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dlm hal-hal serupa itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencuba | 1. berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidaknya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (kebolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cuba | 1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sbg mengajak atau menyuruh secara halus): ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu; ~ marah budak-budak itu; 2. sr kata utk menyatakan marah (kesal dll): ~, apa yg telah kauperbuat! 3. = ~ kalau sekiranya, seandainya: ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi; cuba-cuba hanya menguji-uji saja (utk mengetahui dll): percaya dgn tiada ~; mencuba 1. berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidaknya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (kebolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; mencubakan 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidaknya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; cubaan 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; percubaan 1. usaha utk melakukan (menjayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilakukan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; pencubaan perihal (usaha dsb) mencuba (kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |