gelung bersarang(nested loop) | Gelung di dalam atur cara yang terkandung di dalam gelung lain. Gelung ini pula mungkin terkandung di dalam gelung yang lebih besar. | Kamus Komputer |
aktiviti(activity) | 1. Keadaan berlakunya pengendalian sesuatu tugas di dalam sistem. 2. Keadaan rekod di dalam fail utama yang sedang digunakan, diubah, atau dirujuk. 3. Unit kerja yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat sesuatu projek perkakasan atau perisian. | Kamus Komputer |
intra- | awalan asing di sebelah dalam atau di dalam, mis intravena. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengoper | 1. mengambil oper: lebih dahulu, pelajarilah gerak perempuan di Eropah dalam-dalam, sebelum kita ~ sahaja cita-citanya; 2. memindahkan, mengalihkan; 3. = mengoperkan memberikan kpd, menyerahkan: ~ bola; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
get laluan(gateway) | Unit yang menyambung dua sistem rangkaian komputer kawasan luas yang berlainan. Mesej dari pangkalan di dalam suatu rangkaian mesti melalui unit ini untuk sampai ke pangkalan di dalam rangkaian yang satu lagi. | Kamus Komputer |
suruhan semu(dummy instruction) | 1. Butiran data dalam bentuk suruhan yang sengaja disisipkan di dalam rentetan suruhan untuk mencukupkan bilangan suruhan yang dihantar. Suruhan ini tidak akan dilaksanakan dan akan diabaikan oleh penerima. 2. Suruhan yang sengaja dimuatkan dalam atur cara untuk melengkapkan pusingan gelung atur cara. | Kamus Komputer |
kulit dalam | lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perintah tersirat(embedded command) | 1. Perintah khas pemproses kata yang diletakkan di dalam teks untuk melakukan tugas khas, seperti langkau baris, apabila dokumen dicetak. 2. Perintah khas yang dimasukkan ke dalam atur cara dan terselindung daripada pengguna biasa sehingga perintah ini dipanggil oleh pengguna khusus. 3. Perintah sistem pengendalian yang dapat difahami terus oleh sistem kerana perintah telah dimasukkan ke dalam inti sistem pengendalian. | Kamus Komputer |
istanawan | orang yang bertugas di dalam istana sebagai pengiring raja, biasanya pembesar yang bergelar | Kamus DBP versi dalam Talian |
virus | Atur cara komputer yang disorok di dalam atur cara lain dan dapat menyalin dirinya sendiri ke dalam perisian lain apabila atur cara itu digunakan. | Kamus Komputer |