telanjang | 1 tidak bertutup dgn pakaian (bkn tubuh); bogel: Saya tidak suka mandi ~. ~ bulat (bogel) tidak mempunyai suatu apa pun (pakaian) di badan. 2 tidak bersarung (ttg keris, pedang dsb). bertelanjang berada dlm keadaan telanjang; berbogel: Orang yg tidak siuman itu suka ~ drpd berpakaian. menelanjangi 1 menanggalkan atau melucutkan segala pakaian yg dipakai; menjadikan (seseorang) telanjang: ~ bayi utk dimandikan. 2 merampas segala pakaian atau barang hingga habis semuanya. menelanjangkan menjadikan diketahui perkara atau apa-apa yg dirahsiakan: ~ keadaan masyarakat di kawasan itu. ketelanjangan keadaan atau perihal telanjang; keadaan diketahui dan bukan rahsia lagi: ~ perkara itu merupakan sesuatu yg tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. penelanjangan perbuatan, perihal dsb menelanjangi atau menelanjangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pakai | 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) mengenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku; memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. menggunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan (mempergunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai; terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja; pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (dilakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pakaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; sepemakaian selengkap pakaian dll; pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengging-sengging | memakai (pakai-an) dgn berlebih-lebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengging | ; sengging-sengging memakai (pakai-an) dgn berlebih-lebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampar I | pukulan dgn tapak tangan, tepuk (dgn kuat): kena ~ dan nista;biar kena ~ dgn jari yg bercincin drpd kena jentik dgn tangan yg berkudis = kalau kena ~, biarlah dgn tangan yg pakai cincin, kalau kena tendang, biarlah dgn kaki yg pakai kasut prb kalau tersalah dlm sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa atau ditegur oleh orang yg berilmu drpd dianiaya oleh orang yg bodoh; se~ seemas, dua ~ seemas baik ditampar benar-benar prb sepala-pala nama jahat jangan kepalang;bertampar bertepuk; ~ dada bertepuk dada; ~ tangan bertepuk tangan; bertampar-tampar saling menampar antara satu sama lain; bertampar-tamparan saling menampar antara satu sama lain; menampar 1. memukul dgn tapak tangan, menepuk: dua tiga kali sudah Tun Biajid diikat oleh ayahnya, sekali kerana ~ hamba raja; 2. ki memukul perlahan (angin), memuput, menempuh (ombak dll): angin malam yg dingin ~ tubuhnya; kedengaran bunyi ombak perlahan-lahan ~ pantai;menampar-nampar, menampari menampar berulang-ulang (berkali-kali): permaisuri pun meratap juga serta menumbuk-numbuk dan ~ dada; menamparkan menggunakan sesuatu utk menampar, menampar dgn; tamparan 1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd ~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3. peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu memberikan ~ yg hebat kepadanya; ~ nyamuk tulang belikat;penampar pukulan dgn tapak tangan, tamparan: sebuah ~ dr tangan kiri hinggap ke pipinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
injeksi | (injéksi) IB suntikan: ia pandai juga mengubati dgn tidak payah pakai ~ atau suntik; ~ beras Id tambahan persediaan beras kerana mengelakkan drpd naik harganya; menginjeksi menyuntik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aling I | ; aling-aling, alingan, aling-alingan Id sesuatu yg dipakai utk menutup (melindungi) supaya jangan kelihatan; main tedeng ~ melakukan sesuatu dgn diam-diam (dgn sembunyi-sembunyi); tedeng ~ sesuatu yg dipakai utk menutup maksud (perbuatan) yg kurang baik; mengalingi menutup supaya jangan kelihatan: induk ayam itu ~ anaknya supaya jangan disambar helang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerumuk | Mn; berkerumuk gumal (bkn pakaian, kertas, dll), renyuk, peronyok, kumal; mengerumukkan merenyukkan, menggumalkan: dgn marah, surat itu dikerumukkannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertajam | menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan mendalam pasti berfungsi ~ pemikiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tajam I | 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujungnya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (mendengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat menggesek biola spt bapanya itu; 4. mudah menangkap atau mengerti (akal, fikiran), pintar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menengah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pandangan, air muka): ia memerhati dgn pandangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, berpengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosioekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut manusia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana percakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya berkerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan mendalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ sanding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia bertambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |