Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lain drpd itudi samping itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
saspens(saspéns) keadaan teruja, tegang, cemas, bimbang, dsb ketika menunggu sesuatu berita atau menghampiri sesuatu klimaks: di samping itu, unsur-unsur ~ juga dimasukkan utk menjadikan novel ini lebih menarik.Kamus Dewan Edisi Keempat
insentif(inséntif) sesuatu (yg berupa kebendaan atau tidak) yg diberikan atau ditawarkan sbg dorongan atau galakan, dorongan, galakan: berbagai-bagai ~ disediakan utk pelabur asing menanam modal di negara ini; di samping itu beliau menawarkan barangan mekap kpd setiap ahli yg menghadiri kelas solekannya sbg ~ utk pelanggannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lain1. tidak sama (hal, keadaan, dll), berbeza, asing: ia tidak mahu membaca buku ~; ~ orang bukan orang yg sama; tak ~ dan tak bukan hanya; 2. tidak kira atau termasuk (dlm hitungan, kumpulan, dll), kecuali: tiap­-tiap orang mesti berpuasa ~lah kalau uzur; ~ drpd itu di samping itu; ~ drpd yg ~ tidak sama dgn yg lain, tidak ada yg sama dengan­nya; ~ tidak hanya itu sahaja; ~ orang ~ pendapatnya tidak sama pendapat antara seseorang dgn seorang yg lain: ~ yg..., ~ yg... tidak menepati (permintaan, suruhan, arahan, dll): ~ yg disuruh, ~ yg dibuat; selain 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; selainnya 1. seterusnya, selanjutnya; 2. yg lainnya; berlain tidak sama (pendapat, kelakuan, dll), berbeza, berselisih: apa yg terjadi ~ dgn yg dicita-citakan; berlainan, berlain-lain, berlain-lainan tidak sama, berbeza, berbagai-bagai (gaya, corak, dll): aku nampak ayahmu itu bersikap ~ drpd sehari-hari; cakap mereka berlain-lainan; keberlainan keadaan yg berlain, perubahan sikap: ~nya sangat ketara; melaini ark tidak mengikuti (peraturan, undang-undang, dll), menyalahi: ~ kebiasaan; melainkan 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn maksud asal), tetapi: orang itu tidak men­jawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain, membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung; memperlainkan membuat atau menjadikan berbeza drpd yg lain; kelainan 1. perihal berbeza drpd, perbezaan; 2. sesuatu yg tidak menurut kebiasaan atau yg berbeza drpd sesuatu yg lain: penyim­pangan ini bertujuan utk mempelbagaikan teknik pengolahan supaya wujud ~ drpd cerpen-cerpen yg sedia ada; dikelainkan ark tidak disamakan dgn yg lain, dikecualikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
samping Isebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi: orang tua itu menolaknya ke ~ dan mem-buka pintu kereta itu; di samping 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; ke samping ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi: ia menolak adiknya ~; mengesampingkan 1. meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah), menyisihkan ke tepi: pen dikenakan sarungnya dan buku di­kesampingkannya sahaja; 2. menge­tepikan (menganggap kurang penting), menying­kirkan: besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja; bersampingan 1. berdekat-dekat, ber­hampiran; 2. bersama-sama; menyamping menyusur (di tepi jalan dll); menyampingi 1. mendekatkan (diri) dgn, berdampingan dgn, mendampingi; 2. ki me-nolong, membantu; menyampingkan 1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2. menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersama-sama dgn, mendampingkan; tersamping terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir: oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~; sampingan yg turut terdapat (timbul, diguna-kan, dll) selain yg asas atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk meng-hasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan yg utama.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersampingterletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir: oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
memperdekatmenjadikan lebih dekat (rapat, erat, dll), mempererat, merapatkan lagi: hajat baginda hendak meminang puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah negara itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
lewat(léwat) 1. lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat): ketika aku ~, malim itu memperkenalkan aku kpd seluruh jururawat itu; 2. lampau, habis, selesai: musim menuai sudah ~; 3. lanjut, lebih (drpd yg patut dll), larut: di balik meja itu duduk seorang Cina yg sudah agak ~ umurnya; 4. sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat: ia telah lama menunggu Mak Dalek yg ~ pulang itu; 5. melalui, menerusi: Marian ~ tarian ciptaannya menggabungkan unsur tradisi dan moden; ~ jenuh Id terlampau kenyang, muak; ~ lemboyang Id terlalu ungu (warna ungu dlm cahaya matahari); selewat-lewatnya sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya: semua permintaan hen­daklah sampai ~ pd hari Sabtu; melewati 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; melewatkan menjadikan lewat (lambat), melambatkan, melangkaukan: Bidin tetap juga mengharapkan biarlah anak bulan itu tidak kelihatan dan puasa akan dilewatkan sehari; melewat-lewatkan menjadikan lewat dgn sengaja, melambat-lambatkan: janganlah ~ sembahyang setelah masuk waktunya; terlewat 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat (banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati (dilalui, ditempuh, dll); kelewatan 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat.Kamus Dewan Edisi Keempat
samping Ibahagian sebelah kiri atau kanan sesuatu; rusuk; sisi. ber­sampingan bersama-sama; ber­dam­­­­pingan; berdekatan: berjalan ~. menyamping berjalan dll di tepi sesuatu; menyusur (di tepi jalan dsb). menyampingi (duduk, berjalan dll) berdampingan dgn; mendampingi. menyampingkan meletakkan di sam­ping. tersamping terletak atau diletakkan di samping; disisikan; disampingkan. sampingan sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. di samping 1 di bahagian sebelah; di sisi: Ketika menyaksikan pertandingan itu, Kadir duduk ~ saya. 2 bersama-sama; berserta: Kami sanggup berjuang ~ saudara. 3 selain; lain drpd: ~ belajar mengaji Quran, mereka belajar bahasa Arab juga. ke samping ke sebelah (kiri atau kanan); ke sisi. mengesampingkan 1 membawa ke sisi; menyisikan. 2 ki menganggap kurang penting; tidak mengendahkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
di sisi1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dgn: ia duduk ~ suami­nya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema yg telah tua itu dapat jua menghibur­hiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi (pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mem­punyai hak-hak yg sama antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas