mentransliterasikan | membuat (menyediakan) transliterasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agensi pelancongan | badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melancong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agensi | (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melancong; ~ penarafan badan yg membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
transliterasi | (Lin) penukaran huruf (perkataan dsb) drpd abjad sesuatu tulisan (mis tulisan Arab) kpd huruf yg selaras bunyinya dsb dlm abjad sistem tulisan lain (mis Rumi); mentransliterasikan membuat (menyediakan) transliterasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menuliskan | 1. menulis sesuatu di, mencatatkan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. menceritakan dgn menulis, mengarangkan, menyuratkan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencemarkan | 1 menyebabkan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2 ki memburukkan (ttg nama); mengejikan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merenyukkan | menjadikan berkerut-kerut; mengumalkan: Dia ~ gambar itu lalu membuangnya ke dlm bakul sampah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengakhiri | menghabisi, menyudahi, menamatkan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengesyorkan | mengemukakan cadangan, mencadangkan, menganjurkan, menyarankan: dia ~ kpd peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelengkan | memiringkan ke sebelah, menyendengkan, menyengetkan, mencondong-kan: dia ~ kepalanya utk menjengah dan menjenguk orang-orang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |