dunia | 1. bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, lapangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adang I | adang-adang penyekat (yg memisahkan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tumbang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan janganlah dicari-cari; sungguhpun kawat yg dibentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguhpun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawat I | 1. tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll), dawai: karan elektrik mengalir melalui ~ tembaga; 2. = berita ~ = khabar ~ = surat ~ telegram: besoknya Pak Wir telah mengirim ~ kpd menantunya; mengetuk ~ = memukul ~ = menokok ~ Id mengirim berita dll dgn telegram; ~ (ber)duri kawat (dawai) yg berduri atau berkait-kait tajam (digunakan utk membuat pagar dll); ~ jaring = ~ kasa kawat yg dianyam halus-halus; ~ mata punai kawat yg dianyam dgn mata atau lubang-lubang yg besar (digunakan utk membuat reban atau kurungan ayam dll); ~ penahan kawat yg mengurangkan aliran karan elektrik; sungguh ~ yg dibentuk, ikan ditebat yg diadang prb tipu muslihat yg tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri; mengawatkan mengirim berita dll dgn telegram: pd hari itu juga, dikawatkan hal yg mencemaskan itu ke India. | Kamus Dewan Edisi Keempat |