berat | 1 kuat tekanannya apabila diangkat; tidak mudah diangkat atau dibawa: Peti ini tidak terangkat olehnya kerana terlalu ~. 2 besarnya atau kuatnya tekanan sesuatu benda apabila ditimbang: Jalan ini hanya dpt dilalui oleh kenderaan yg ~nya tidak melebihi dua tan. 3 tidak mudah melakukannya; susah: Hitungan semacam ini terlalu ~ bagi kanak-kanak sekolah rendah. 4 terlalu teruk; parah: Penyakitnya setiap hari bertambah ~. 5 lebih besar ukurannya drpd yg biasa: senjata ~ senjata yg besar-besar, spt meriam. ~ badan a. malas bergerak atau malas berusaha. b. sedang hamil (bkn wanita). ~ ekor malas bekerja. ~ hati a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. ~ lidah (mulut) kurang ramah; pendiam. ~ tangan malas bekerja. ~ telinga kurang jelas pendengarannya. memberati menjadikan berat (oleh sesuatu); menjadi sbg beban tambahan kpd: Soal rumah tangga ~ fikirannya. Urusan-urusan di luar pejabat ~ tanggungannya. memberatkan 1 menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat: Ia ~ tali kailnya dgn timah. 2 menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan. 3 menganggap lebih penting; mementingkan: Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya. memperberat menjadikan lebih berat; menambah berat. keberatan 1 sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2 berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. pemberatan perbuatan atau hal memberati atau memberatkan. pemberat sesuatu atau benda yg memberati atau memberatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berat | 1. kuat tekanannya apabila diangkat; tidak mudah diangkat atau dibawa: Peti ini tidak terangkat olehnya kerana terlalu ~. 2. besarnya atau kuatnya tekanan sesuatu benda apabila ditimbang: Jalan ini hanya dpt dilalui oleh kenderaan yg ~nya tidak melebihi dua tan. 3. tidak mudah melakukannya; susah: Hitungan semacam ini terlalu ~ bagi kanak-kanak sekolah rendah. 4. terlalu teruk; parah: Penyakitnya setiap hari bertambah ~. 5. lebih besar ukurannya drpd yg biasa: senjata ~ senjata yg besar-besar spt meriam dsb. ~ badan a. malas bergerak atau malas berusaha. b. sedang hamil (bkn wanita). ~ ekor malas bekerja. ~ hati a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. ~ lidah (mulut) kurang ramah; pendiam. ~ tangan malas bekerja. ~ telinga kurang jelas pendengarannya. memberati menjadikan berat (oleh sesuatu); menjadi sbg beban tambahan kpd:Soal rumah tangga ~ fikirannya.Urusan-urusan di luar pejabat ~ tanggungannya. memberatkan 1. menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat: Ia ~ tali kailnya dgn timah. 2. menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan. 3. menganggap lebih penting; mementingkan: Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya. memperberat menjadikan lebih berat; menambah berat. keberatan 1. sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2. berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. pemberatan perbuatan atau hal memberati atau memberatkan. pemberat benda yg digunakan utk memberati atau memberatkan. | Kamus Pelajar |
angkatan | 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkatan pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dikatrol | diangkat dgn katrol. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjadi | 1 dipilih atau diangkat sbg; bekerja atau bertindak sbg: Ia ~ juruacara pd malam itu. 2 berubah kpd rupa (keadaan, bentuk dll) yg lain: Dgn galakan itu, ia ~ lebih rajin sekarang. 3 hidup (tumbuh) dgn suburnya; mendatangkan hasil yg banyak: Sawahnya ~ tahun ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pikul | 1. barang yg diangkat dgn galas di atas bahu: membeli se~ air minum; 2. ukuran berat yg besarnya 100 kati (lebih kurang 62.5 kg): harga lima ~ beras ialah RM150; berpikul-pikul beberapa pikul; memikul 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggungjawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada berwang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; memikulkan 1. memikul beban utk orang lain; 2. meletakkan sesuatu di bahu utk dipikul; 3. membebankan, memberi menanggung, menyerahkan (kewajiban, tanggungjawab, dll) kpd: aturan-aturan baru yg dipikulkan kpd kita; terpikul 1. dapat atau berupaya dibawa di atas bahu: saya tidak ~ seguni beras itu; 2. ditanggung, terletak: kini tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak ~ di bahunya; 3. dapat ditanggung, terderita, tertahan: dia mengalami tekanan jiwa yg tidak ~ olehnya; pikulan 1. tongkat utk memikul sesuatu, galas, gandar; 2. beban atau muatan yg dipikul; pemikul orang yg memikul beban. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peninju | 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jambatan jungkat | jambatan yg dapat diangkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jungkatan | ; jambatan ~ jambatan yg dapat diangkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkat-angkat | yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |