santan | air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permata | batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll); ~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll); berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campak I | buang, lempar; ~ batu ki meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya; ~ buang a) membuang barang sesuka hati; b) tidak menghargai sesuatu barang; c) lembing yg dibuat drpd kayu; ~ bunga sj permainan kanak-kanak; umpamanya orang ~ bunga, dibalas ~ tahi prb perbuatan yg baik dibalas dgn yg jahat; mencampak membuang, melempar; ~ wang menaburkan wang utk orang miskin; mencampakkan melemparkan, membuangkan: semuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; ia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dr atas pohon itu; tercampak 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontan keras | pd saat itu juga (dijawab, dibalas, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tongset | (tongsét) C ark sj sanggul (kundai): maka dibalas demikian juga terkena pacak ~ tuan puteri lalu jatuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hutang budi | kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hutang budi | kebaikan orang lain terhadap diri sendiri yg patut dibalas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gila bayang | cinta akan seseorang yg tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alang III | = alangan ark hadiah, pemberian; ~ berjawab, tepuk berbalas prb kebaikan dibalas dgn kebaikan, kejahatan dgn kejahatan pula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepuk I | 1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya berbunyi); 2. bunyi yg terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: suara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budak-budak yg ramai di situ; 3. pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan, tepak; ~ dada tamparan di dada; ~ kuduk sanjungan, puji-pujian; ~ sorak (sorai) tepuk tangan yg disertai dgn sorak; ~ tari tepuk tangan sambil menari; ~ berbalas, alang berjawat = alang berjawat, ~ berbalas prb baik dibalas dgn baik, jahat dibalas dgn jahat; ~ dada tanya selera prb sesuatu pekerjaan yg akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis; ~ nyamuk menjadi daki prb melawan orang yg lemah itu akan memburukkan nama sahaja; bertepuk a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; ~ sebelah tangan tiada akan berbunyi prb tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi drpd satu pihak sahaja; menepuk memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia terkejut ketika isterinya ~ bahunya; ~ dada a) menampar dada dgn tapak tangan; b) ki marah, memperlihatkan keberanian (kemegahan); menepuk-nepuk menepuk beberapa kali atau berulang kali: aku tersedar apabila dia ~ bahuku dr belakang; tepukan perbuatan bertepuk (menepuk). | Kamus Dewan Edisi Keempat |