hormat | 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); berhormat mempunyai kedudukan yg dihormati atau dimuliakan: Cikgu Amin seorang yg ~ di kampung itu; Yang B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yg bergelar Datuk dsb; Yang Amat B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri; berhormat-hormatan, hormat-menghormati saling memberi hormat; menghormati 1. memberi (melahirkan, menaruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hormatilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, menjunjung tinggi, memuliakan: aku ~ pendapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg dipercayai dan dihormati; ia dihormati dan ditakuti oleh anak-anak kapal; terhormat (yg) sangat dihormati: kepada yg ~ saudara Ahmad; utk pembesar-pembesar digunakan sebutan yg ~; profesion yg penting dan ~; kehormat 1. yg dihormati dan diraikan: tetamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium; kehormatan 1. pemberian hormat (penghargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dikebumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk menyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh masuk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial; penghormatan perihal atau perbuatan menghormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhannya; ~ terakhir perbuatan memberikan penghormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, bertafakur dsb; penghormat 1. yg menghormati; 2. yg dibuat (dipakai) kerana menghormati: barisan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dipensiunkan | diberhentikan bekerja dgn diberi wang sara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dipensiun | diberhentikan bekerja dgn diberi wang sara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemberhentian | perihal atau perbuatan memberhentikan (diberhentikan), pemecatan: ~ abangku itu diketahui melalui akhbar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendeposit | penyimpan wang di bank: pekerja yg diberhentikan kerja mempunyai hak yg sama spt ~ CCB. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pensiun | (pénsiun) IB pencen, wang sara; dipensiun, dipensiunkan diberhentikan bekerja dgn diberi wang sara; pensiunan (orang) yg sudah bersara (menerima pensiun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat lepas | a) surat cerai; b) surat yg menyatakan sudah diberhentikan drpd jawatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titik putus(breakpoint) | Titik kawalan dalam atur cara yang diletakkan supaya atur cara dapat diberhentikan secara insani atau oleh rutin kawalan. Titik ini digunakan untuk membantu pengujian pelaksanaan atur cara atau penyemakan atur cara untuk mencari pepijat. | Kamus Komputer |
notis | 1 kenyataan (drpd pihak polis, pegawai daerah dll) mengenai sesuatu perkara; pengumuman; maklumat. 2 surat kenyataan kerana hendak berhenti kerja atau kerana akan diberhentikan kerja: Kami terpaksa memberi ~ 24 jam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekerja | orang yg bekerja (lazimnya utk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg bertanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerjanya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapangan; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |