tersindir | (sudah) disindir (diejek): aku cukup berasa ~ oleh kata-kata Normah itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menebalkan telinga | menekan perasaan (kalau dimarahi, diejek, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meresan | 1. berasa sakit hati oleh kata-kata dll orang lain, berasa tersindir: ~ benar ia apabila orang-orang itu menoleh kepadanya tatkala ia lalu di situ; ~ hatinya kerana diejek; 2. Kd berasa tidak senang hati terhadap (kelebihan) orang lain, berasa cemburu (dengki, iri hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resan | = meresan 1. berasa sakit hati oleh kata-kata dll orang lain, berasa tersindir: ~ benar ia apabila orang-orang itu menoleh kepadanya tatkala ia lalu di situ; ~ hatinya kerana diejek; 2. Kd berasa tidak senang hati terhadap (kelebihan) orang lain, berasa cemburu (dengki, iri hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sindir | = sindiran perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyaknya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; ~ kiasan = sindir-sindiran bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pembawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya; menyindir mengatakan sesuatu (utk mencela, mengejek, mengeji) tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi berkemban di situ; pukul anak sindir menantu prb mengata-ngatai orang tetapi perkataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain; sindir-menyindir saling membalas sindiran, saling menyindir: mereka mengambil kesempatan utk ~ antara satu sama lain; tersindir (sudah) disindir (diejek): aku cukup berasa ~ oleh kata-kata Normah itu; penyindir orang yg (suka) menyindir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebal I | 1. tidak tipis (barang yg berkeping-keping atau berhelai-helai, spt kertas, papan, kain, buku, dll): kertas ~; selimut ~; tilam ~; 2. kasar dan jelas kelihatan (garisan, tulisan, dll): garis ~; huruf ~; 3. padat (awan, kabus, dll), tumpat: asap ~; awan ~; 4. lebat lagi banyak tumbuhnya (rambut, janggut, tanam-tanaman, dll): hutan yg ~; rambut ~; rumput di situ amat ~; 5. teguh dan kukuh (iman, kepercayaan, keyakinan, kasih sayang, dll), banyak mengandungi atau berisi dgn (sesuatu), mendalam: ia tahu betapa ~nya cinta suami-nya terhadap dirinya;~ bibir tidak suka bercakap banyak; ~ hati keras hati; ~ jangat = ~ kulit tidak tahu malu, tidak berperasaan; ~ kantung banyak wang (kaya); ~ lidah susah hendak menyebut kata-kata asing, keras lidah; ~ muka = muka ~ tidak tahu malu; ~ telinga a) tidak menghiraukan (ejekan, makian, dll orang); b) tidak tahu malu; menebal menjadi tebal: hujan sudah ber-henti betul, hanya asap sabut yg mula ~ semula; menebalkan 1. menjadikan tebal; 2. mem-perkukuh (iman, hati, kepercayaan, dll), mem-perkuat, memperteguh: lawatan itu diadakan utk ~ persaudaraan antara kedua-dua belah pihak; ~ muka menghilangkan perasaan malu, sanggup menanggung malu; ~ telinga menekan perasaan (kalau dimarahi, diejek, dll);mempertebal menjadikan lebih tebal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |