ulam-ulaman | pelbagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus dan pucuk ubi memang digemarinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulam | buah-buahan atau daun-daunan mentah (spt jering, pegaga) yg dimakan dgn nasi: ~ raja nama sj herba yg daunnya dibuat ulam, Cosmos caudatus. ulam-ulaman pelbagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus dan pucuk ubi memang digemarinya. berulam makan nasi dgn ulam. berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: Ketika makan tadi, kami ~ pegaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sawa | I sj ular yg besar; ular ~ cindai sj ular, Phyton reticulatus; ular ~ katak (batu) sj ular, Phyton curtus; ular ~ rendam sj ular, Phyton molurus; ~ meng-ampai sj ukiran awan larat; apa lagi ~ ia berkehendakkan ayamlah prb orang yg suka mencari barang-barang yg digemarinya; pacat hendak menjadi ~ prb a) orang miskin berlaku spt orang kaya; b) meng-harapkan sesuatu yg bukan-bukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyanjung | 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanjung | ; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biduk | sj perahu (utk menangkap ikan atau mengangkut barang di sungai); bersatu ~ dgn bekerjasama dgn; ~ kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju prb suatu pekerjaan yg dikerjakan tanpa kepandaian payah berhasil; ~ lalu kiambang bertaut prb lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yg bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik balik; ~ pecah nakhoda mati, anak buah cerai-berai prb perihal suatu perusahaan yg bankrap, ketuanya meninggal dan pekerjanya kucar-kacir; ~ satu, nakhoda dua prb a) orang yg menduakan suami; b) suatu pekerjaan yg ketuanya dua orang; ~ serempu sj perahu yg dibuat dgn lunas panjang dan lekuk; ~ upih pengayuh bilah prb tiada berdaya utk mengerjakan sesuatu pekerjaan; lain ~ lain digalang prb a) lain disoal lain dijawab; b) lain yg berbuat salah, lain pula yg tertuduh; pacak mencerca ~ orang, ~ sendiri tak terkayuh prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak tampak; spt ~ dikayuh hilir prb mengerjakan pekerjaan yg sedia digemarinya; terkatung-katung macam ~ patah kemudi prb peri sengsara di rantau orang dan tidak ada orang yg menolong; tertumbuk ~ dikelokkan, tertumbuk kata difikiri prb kalau sesuatu pekerjaan terbantut, hendaklah dicari jalan lain; tertumpang di ~ tiris prb terikat (tersekutui) pd pekerjaan yg merugikan; tiada ~ karam sebelah prb apabila seseorang mendapat kesusahan, kaum keluarganya menderita juga; berbiduk naik biduk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerbau I | sj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg berbintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peliharaan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb tercengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah ditepati; laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb menghalang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb menolong orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahuan orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |