undang-undang | 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan yg digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~ persatuan ini; 3. Id rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll), hukum: ~ Boyle; ~ Newton; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
undang II | ; undang-undang 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan yg digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~ persatuan ini; 3. Id rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll), hukum: ~ Boyle; ~ Newton; ~ adat amalan yg diikuti turun-temurun di sesebuah kawasan atau dlm sesuatu masya-rakat, yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tersebut; U~ Anak Negeri undang-undang yg berkaitan dgn peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ antara-bangsa undang-undang yg mengatur per-hubungan antara negara; ~ awam undang-undang yg berlaku utk seluruh rakyat (tidak berkaitan dgn jenayah); ~ darurat undang-undang yg dikuatkuasakan dlm masa berlaku-nya keadaan darurat sahaja; ~ dasar Id perlembagaan; ~ hukum pidana Id undang-undang yg menentukan hukuman utk perbuatan jenayah; ~ jenayah undang-undang mengenai perbuatan jenayah (spt bkn perbuatan me-rompak, membunuh, dll); ~ kecil undang-undang atau peraturan yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, perbadanan dsb, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang; ~ pentadbiran undang-undang yg berhubungan dgn kuasa, kewajiban dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran; ~ tubuh peraturan dasar yg mesti dipatuhi oleh ahli sesuatu pertubuhan dll; berundangan; pandai ~ Mn a) mengerti benar (memahami benar-benar) tentang adat; b) pandai berbicara; mengundangkan 1. menjadikan sbg undang-undang, menentukan atau menetapkan sesuatu berdasarkan undang-undang; 2. mengumum-kan undang-undang kpd orang ramai, menye-rantakan undang-undang; memperundangkan menjadikan sesuatu undang-undang: segala hukum yg diper-undangkan oleh Allah ke atas hambanya; undangan; majlis (dewan) ~ majlis (dewan) yg menggubal undang-undang; perundangan 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam; perundang-undangan perundangan; pengundang-undang orang yg menggubal undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akta | 1. undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen dsb); 2. surat sijil: ~ guru; 3. surat keterangan yg disahkan oleh suatu badan rasmi atau badan pemerintah: ~ notaris; ~ syarikat undang-undang yg me-ngawal pembentukan, penubuhan, pengurusan wang, dan pembubaran syarikat; mengaktakan menjadikan sbg akta (undang-undang): perkara itu perlu dikaji dgn teliti sebelum diaktakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghindarkan | menolak jauh-jauh; menjauhkan; menyingkirkan; mengetepikan; mengesampingkan: Undang-undang telah digubal utk ~ perbuatan rasuah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghindarkan | menolak sesuatu jauh-jauh; menjauhkan; menyingkirkan; mengetepikan; mengesampingkan: Undang-undang telah digubal utk ~ perbuatan rasuah. | Kamus Pelajar |
hegemoni | (hégémoni) pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain: pelbagai undang-undang digubal utk melengkapkan ~ penjajah terhadap rakyat peribumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beramai-ramai | 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn bertengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengubahsuaian | perihal (perbuatan, kerja, proses, dsb) mengubah suai: biasanya bebe-rapa ~ berlaku oleh sebab timbulnya per-soalan baru dlm menangani kata masukan tertentu, yg tidak terduga atau tertelah pd peringkat awal penentuan sistem; penyusunan semula dan ~ istilah-istilah yg telah digubal dan dicipta pd tahap awal perkembangan bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antarabangsa | 1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua atau lebih negara: meng-galakkan persefahaman ~; perhubungan ~; perdagangan ~; 2. bkn atau berkaitan dgn dua atau lebih negara atau warganegaranya: maha-siswa kita cenderung terhadap perkara-perkara ~; 3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal utk beberapa negara: mahkamah ~; undang-undang ~; 4. dimiliki atau dikaitkan dgn pertubuhan dsb yg mempunyai ahli-ahli dlm dua atau lebih negara: pertubuhan ~; pergerakan ~; 5. boleh digunakan oleh semua negara: perairan ~; 6. diterima oleh beberapa negara besar sbg tinggi tarafnya: hotel ber-taraf ~; mengantarabangsakan menjadikan sesuatu (hak, isu, dsb) bersifat antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~ pergolakan politik negara itu; keantarabangsaan keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa: sikap ~ pucuk pimpinan Malaysia telah menarik minat seluruh dunia; pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan: wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat pembangunan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hindar | ; menghindar pergi menjauhkan diri; menyisih; menyingkir (dr sesuatu): Dia ~ ke tepi supaya orang lain dpt lalu-lalang di situ. menghindari menjauhkan diri dr; mengelak supaya tidak kena atau tidak ditimpa sesuatu (bahaya, kecelakaan dsb): Oleh sebab sifatnya yg jahat, saya berusaha ~nya. menghindarkan menolak jauh-jauh; menjauhkan; menyingkirkan; mengetepikan; mengesampingkan: Undang-undang telah digubal utk ~ perbuatan rasuah. terhindar terlepas atau bebas drpd: Ahmad yg ~ drpd maut ialah penuntut tingkatan satu. penghindaran perbuatan (hal, cara dsb) menghindar, menghindari atau menghindarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |