bandering | Jk batu yg diikat pd tali utk menghumban batu itu;membandering melempar batu yg diikat pd tali, melemparkan bandering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikatan | 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, perĀkumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpai I | gelang-gelang (lingkar, bingkai) drpd rotan dll utk mengikat penyapu (meneguhkan sarung parang dll): ia berkata sambil memĀbetul-betulkan ~ penyapunya; bersimpai diikat dgn simpai; siku ~ ki pemalas; bersimpaikan menggunakan sesuatu atau diikat dsb dgn, sesuatu sbg simpai: sebilah parang panjang ~ rotan; menyimpai memasang (membubuh) simpai; tersimpai 1. telah diikat dgn simpai (penyapu dll); 2. ki terikat dgn ketat dan kemas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anduh; | menganduh mengikat sesuatu supaya yg diikat itu tergantung: Doktor telah membebat dan ~ tangan Amir yg patah itu. anduhan tali drpd kain dll utk menganduh. penganduh kayu atau kulit kayu yg diikat pd tangan atau pd kaki yg patah. | Kamus Pelajar |
permata | batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll); ~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll); berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersimpai | diikat dgn simpai; siku ~ ki pemalas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergari | (telah) diikat atau dibelenggu dgn gari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergari | (telah) diikat atau dibelenggu dgn gari. | Kamus Pelajar |
berengkel | dlm keadaan diikat; berikat (dlm rengkel). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terikat | 1 (telah) diikat; tertambat: Kedua-dua belah tangannya ~ ke belakang. 2 tidak bebas drpd sesuatu; tertakluk: Semua pelajar ~ pd peraturan sekolah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |