Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diingat

Puisi
 

Apa guna pokok pinang,
     Daun hijau kuning padi;
Apa diingat apa dikenang,
     Gunung dikejar tidakkan lari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menggaru luka lama.

Bermaksud :

Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ingatan1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ingatan1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat;Kamus Dewan Edisi Keempat
lupa olehtidak teringat, tidak diingat;Kamus Dewan Edisi Keempat
ingatan1. sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran:Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2. kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~ nya masih kuat. 3. perhatian:Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa ala tulis sendiri.Kamus Pelajar
sengketa(sengkéta) 1. = persengketaan pertelingkahan, pergaduhan, perselisihan, pertentangan, pertikaian: Amerika diingat-kan supaya jangan campur tangan dlm ~ Arab-Israel; halangan-halangan ini mungkin disebabkan oleh ~ sesama sendiri di kalangan pemimpin Perikatan; 2. hal atau perkara (dr segi pengadilan): tidak ada ~ yg tidak dapat diselesaikan; bersengketa bergaduh, berkelahi, berselisih faham, bertelagah (pendapat dll): pihak-pihak yg ~ bersedia menghadapi persoalan itu dgn fikiran tenang dan terbuka; mempersengketakan memperbantahkan, mempertikaikan: Bahasa Kebangsaanlah yg menjadi soal yg dipersengketakan oleh kedua-dua pihak itu; persengketaan 1. perselisihan, per­telagahan, pertikaian, perbalahan: ~ antara dua orang adik-beradik itu berpanjangan kpd anak masing-masing; 2. perebutan (terhadap se-suatu): maka ~ itu diselesaikan dan sempadan kedua-dua buah negeri itu pun ditentukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cogan katakata atau ungkapan ringkas yg menarik dan mudah diingat yg mengandungi unsur ideologi, pegangan hidup, perjuangan dsb sesuatu organisasi (kempen, pengiklanan dsb), kata-kata semboyan, moto, slogan: ~ ‘Bahasa Jiwa Bangsa’; bercogankatakan mempunyai sesuatu sbg cogan kata, berslogankan: perjuangan mereka ~ “Hidup Melayu!”.Kamus Dewan Edisi Keempat
hala -kebalaKl, bp biarkan(lah), lupakan (lah), maafkan(lah): ~lah, jangan diingat-ingatkan lagi perkara itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
hala II; ~-kebala Kl, bp biarkan(lah), lupakan (lah), maafkan(lah): ~lah, jangan diingat-ingatkan lagi perkara itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelupaan1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ se­suatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kod mnemonik(mnemonic code)Suruhan bahasa mesin yang menggunakan perkataan atau nama yang mudah diingat atau dicam.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas