Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diisi

Puisi
 

Sehari-hari pergi berulang,
     Serbat diisi dalam cawan;
Mengenang sahabat jauh di seberang,
     Lautnya luas memisahkan badan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Adat diisi,
     janji dilabuh.

Bermaksud :

Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mangkuk1 bekas yg jeluk yg dibuat drpd tembikar, logam dsb utk diisi makanan (spt sayur-sayuran, lauk-pauk, bubur). 2 bekas bertangkai tempat mengisi minuman; cawan. ~ basuh tangan mangkuk utk diisi air basuh tangan. ~ gulai mangkuk utk diisi gulai. ~ nasi mangkuk besar utk diisi nasi. ~ perak hadiah berupa mangkuk yg biasanya dibuat drpd perak atau emas; piala. ~ pijar mangkuk yg mempunyai penutup, yg tahan panas tempat meleburkan logam. ~ tingkat (tepen) bekas bertingkat-tingkat yg dibuat drpd logam utk diisi makanan; siya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
isian1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang;Kamus Dewan Edisi Keempat
padat1 tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh; penuh dan rapat sekali isinya: Karung itu telah diisi dgn kapas sampai ~. 2 penuh sesak dgn orang dll; banyak sekali orangnya sehingga berasak-asak; penuh; tumpat: Setiap masjid telah ~ dgn orang yg hendak bersembahyang raya. 3 banyak sekali penduduknya: Hong Kong merupakan negeri yg ~ penduduknya. 4 banyak isinya (bkn ucapan, karangan dll); bernas. memadatkan 1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu. kepadatan 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. pemadatan perbuatan atau hal memadatkan: ~ jalan dilakukan oleh jentera penggelek jalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
belon(bélon) 1. bola drpd getah tipis yg diisi dgn udara, digunakan sbg mainan kanak-kanak atau hiasan; 2. bola besar yg diisi dgn udara panas atau gas yg lebih ringan drpd udara utk dinaikkan dan diapungkan di udara, biasanya ada bakul besar utk membawa penumpang dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
padat1 tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh; penuh dan rapat sekali isinya: Karung itu telah diisi dgn kapas sampai ~. 2 penuh sesak dgn orang dll; banyak sekali orangnya sehingga berasak-asak; penuh; tumpat: Setiap masjid telah ~ dgn orang yg hendak bersembahyang raya. 3 banyak sekali penduduknya: Hong Kong merupakan negara yg ~ penduduknya. 4 banyak isinya (bkn ucapan, karangan dll); bernas. memadatkan 1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu. kepadatan 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. pemadatan perbuatan atau hal memadatkan: ~ jalan dilakukan oleh jentera penggelek jalan.Kamus Pelajar
muat1 ada ruang utk diisi, diduduki dll; dpt berisi: Kereta itu ~ empat orang. 2 ada terkandung di dlmnya; berisi: Akhbar itu ~ iklan jawatan kosong. bermuat berisi atau diisi (dgn): Kapal itu ~ gula. memuati mengisi atau memenuhkan sesuatu (dgn barang); memasukkan muatan pd: Beliau telah ~ perahunya dgn pisang, tebu dll. memuatkan 1 memasukkan sesuatu (spt barang-barang) ke kapal, kereta dsb; mengisikan: Kelasi-kelasi pun ~ beras itu ke dlm kapal. 2 memasukkan atau menempatkan sesuatu dlm surat khabar; menyiarkan sesuatu dlm majalah dll. termuat telah dimasukkan atau disiarkan dlm surat khabar, majalah dll. muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll); isi kapal dll: Apabila sampai di Pelabuhan Kelang, segala ~ kapal itu diturunkan. orang ~ orang yg naik atau yg menumpangi kapal dll. ~ haba ist kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
muat1 ada ruang utk diisi, diduduki dll; dpt berisi: Kereta itu ~ empat orang. 2 ada terkandung di dlmnya; berisi. bermuat berisi atau diisi (dgn): Kapal itu ~ gula. memuati mengisi atau memenuhi sesuatu (dgn barang); memasukkan muatan pd: Beliau telah ~ perKamus Pelajar
kepuk I1. tempat menyimpan padi, kapuk, rengkiang padi, lumbung padi: kenapa ~ di ladang, kalau tidak berisi padi; 2. sj bakul drpd kulit kayu (tempat diisi nasi, beras, dll); 3. sj bakul (tempat diisi ikan), kembu, kepis.Kamus Dewan Edisi Keempat
muat1. ada ruang utk diisi (diduduki, ditempati, dll), dapat berisi: Ramlan tidak mahu mem-bawa dia dan isterinya bersama dgn alasan keretanya tidak ~; 2. ada (terkandung) di dalamnya, berisi; ~ naik (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer pengguna ke stesen kom­puter utama melalui talian rangkaian; ~ turun (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer peng­guna melalui talian rangkaian; bermuat 1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali; 2. sl mengisi atau memung­gah barang (ke kapal, perahu, dll); bermuatan mempunyai atau berisi muatan: sebuah lori yg ~ beberapa batang kayu balak; memuat 1. mengangkut (kapal, perahu, kereta, dll), berisi dgn: besoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barang-barang; 2. mengandungi (mempunyai sbg isi): Sejarah Melayu misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka; memuati menaruh barang-barang (ke dlm perahu dll), mengisi: pelangnya itu dimuati-nya dgn pisang dan ubi keladi; memuatkan 1. memasukkan barang-barang ke dlm (kapal, lori, dll), mengisikan: kami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk belakang kereta; orang biasa enggan mem-buat kerja ~ barang-barang ke dlm kapal atau memunggah barang-barang dr kapal; 2. memasukkan ke dlm kandungan (majalah dsb), menempatkan (di akhbar dll), menyiar­kan (di majalah dll): apalah gunanya ~ per-kara yg kecil-kecil ini di akhbar; karanganku mengenai perjuangan rakyat tanah jajahan dimuatkan dlm salah satu surat khabar; termuat dimasukkan atau disiarkan (dlm akhbar dll): cerita jenaka yg ~ dlm buku ini adalah sebahagian sahaja drpd cerita jena-ka rakyat; muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan se­banyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; pemuatan perihal (proses) memuatkan se­suatu, pengisian; pemuat (Kej) kapasitor: satu lagi teknik pengesanan ialah penggunaan sj ~ yg tidak mempunyai arus bocor.Kamus Dewan Edisi Keempat
diplombirdiisi (gigi yg berlubang).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas