pelerai | 1. orang yg meleraikan (orang berkelahi dll), benda (ubat dll) yg menghindarkan penyakit dll: dipadankan sahaja rambut itu akan dijadikan tangkal dan azimat, dijadikan ubat jerih ~ demam; 2. (alat) utk memisahkan biji drpd tangkai: jentera ~ lada hitam; ~ demam a) ubat yg menyembuhkan penyakit; b) ki anak atau kekasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umpama | 1. (sesuatu yg dijadikan) perban-dingan, ibarat, misal: yg disebutnya tadi hanya sbg ~ sahaja; 2. = ~nya sesuatu yg dijadikan contoh, misalnya: banyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama lada kecil atau merica dan karet; 3. = spt ~ = seumpama sama halnya dgn, tidak ubahnya spt, misalnya, sebagai: budak-budak ~ rebung, boleh di-lentur dan dibentuk; 4. sesuatu yg hanya dijadikan misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai: itu hanya ~, bukan sungguh-sungguh; 5. = ~ kata = ~nya = seumpama, umpamakan jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai kata: ~ engkau banyak wang, apa yg hendak kaubuat?; seumpama hari hujan, ke mana kita hendak lari?; umpamakan engkau pergi merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dgn masyarakat asing?; bukan (tidak) ~ lagi berlaku tidak sopan, tidak hormat lagi kpd; seumpama 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; berumpama menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dgn umpama; mengumpama sl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd segala indera dan dewa; mengumpamai 1. sl sama dgn, menyamai, menyerupai; 2. = mengumpamakan memberi hormat kpd, menghargai, menghormati; mengumpamakan 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; terumpamakan dapat disamakan atau diban-dingkan dgn yg lain yg sepertinya: pantai putih bersih tak ~; perumpamaan 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn, ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yg banyak dan berlapis-lapis pd ungkapan-ungkapan katanya; 2. sj peribahasa yg berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain (umumnya mengandungi ajaran); 3. sesuatu yg dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendua | 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneroka | 1 membuka kawasan baru utk dijadikan kampung, sawah, ladang dll: Merekalah yg ~ kawasan hutan di situ utk dijadikan ladang. 2 ki memeriksa sesuatu yg belum jelas; menyelidik: ~ bidang fizik nuklear. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teroka | ; meneroka 1 membuka kawasan baru utk dijadikan kampung, sawah, ladang dll: Merekalah yg ~ kawasan hutan di situ utk dijadikan ladang. 2 ki memeriksa sesuatu yg belum jelas; menyelidik: ~ bidang fizik nuklear. penerokaan perbuatan atau hal meneroka. peneroka orang yg meneroka (membuka kawasan baru atau menyelidik sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memungutkan | ark mengambil akan anak, mengambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, mengambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keldai | sj binatang seakan-akan kuda tetapi lebih kecil; ~ hendak dijadikan kuda prb orang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang pandai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sandar II | = sandaran sesuatu yg dijadikan cagaran atau jaminan (dlm berhutang dll), gadai, petaruh; menyandarkan memberikan sesuatu utk jaminan (dlm berhutang), menggadaikan; tersandar dijadikan cagaran (jaminan hutang), tergadai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teks | (téks) 1. kata-kata asli oleh pengarangnya (bukan terjemahan, ulasan, ringkasan drpd asalnya): hikayat ini dijadikan buku dan dicetak, sehingga dgn jalan demikian ~nya tidak dapat mengalami perubahan lagi; 2. petikan dr sesebuah kitab suci (yg dijadikan bahan rujukan dll); 3. kandungan buku yg utama (tidak termasuk catatan dll); 4. tulisan yg dijadikan pokok syarahan dll: dia berpidato dgn memegang ~ di tangannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneroka | 1. membuka kawasan baru utk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dll) di kawasan baru: menetaplah mereka di sana utk membuka tanah, ~ hutan belantara utk dijadikan kampung; 2. ki menyelidiki (utk mengetahui sesuatu, biasanya yg belum diketahui lagi), menjelajah: perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dlm jiwa pemuda kita; 3. = menerokai menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |