jemur | 1. perihal mengeringkan (di panas matahari); dihukum ~ dihukum dgn diletakkan di panas matahari; 2. Id mandi (memanaskan badan) dgn panas matahari; 3. Mn padi yg dijemur; membangkit ~ mengangkat padi yg sudah dijemur; ~ terkekar, ayam tiba prb baru sahaja dikeluarkan barang dagangan, sudah banyak orang datang membeli; berjemur mengeringkan (memanaskan) badan di panas matahari: dia ~ di atas pasir; menjemur mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~ padinya di tepi bendangnya; ~ dada ki berjalan membusungkan dada (sombong); ~ sementara hari panas prb kesempatan yg baik itu janganlah dilepaskan; meski ke langit akan ~, kalau hari tak panas tak juga kering prb kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan beruntung juga; terjemur dijemur, kena jemur; jemuran 1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah; penjemuran tempat (alat dll) utk menjemur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jemur | padi yg dikeringkan di tengah panas: membangkit ~ mengangkat padi yg dijemur. berjemur berpanas dlm cahaya matahari: Budak itu pengsan kerana terlalu lama ~. menjemur memanaskan atau mengeringkan sesuatu dlm panas matahari: Emak sedang ~ kain semasa orang itu datang. jemuran 1 benda-benda (spt kain padi dll) yg dijemur. 2 alat (spt tali, galah dsb) utk menjemur. penjemuran 1 tempat menjemur. 2 perbuatan atau hal menjemur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jemur | padi yg dikeringkan di tengah panas:membangkit ~ mengangkat padi yg dijemur. berjemur berpanas dlm cahaya matahari:Budak itu pengsan kerana terlalu lama ~. menjemur memanaskan atau mengeringkan sesuatu dlm panas matahari: Emak sedang ~ kain semasa orang itu datang. jemuran 1. benda-benda (spt kain padi dll) yg dijemur. 2. alat (spt tali, galah dsb) utk menjemur. penjemuran 1. tempat menjemur. 2. perbuatan atau hal menjemur. | Kamus Pelajar |
terjemur | dijemur, kena jemur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembakau pepean | tembakau yg dijemur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pepean | ; tembakau ~ tembakau yg dijemur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jemuran | 1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rimpi | pisang dll yg dikeringkan (dijemur atau disalai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikan kering | ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikan kering | ikan yg dikeringkan (dijemur) dan biasanya diasinkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |