idola | orang yg sangat diminati, dikagumi dsb, mis tokoh politik, penyanyi, atau ahli sukan. mengidolakan menganggap seseorang sbg idola: Dia ~ pemain bola sepak itu. pengidolaan perbuatan mengidolakan seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
idola | orang yg sangat diminati (dikagumi dsb), mis tokoh politik, penyanyi, bintang filem dsb; mengidolakan meminati atau mengagumi seseorang atau sesuatu dgn keterlaluan, memuja-muja: bahkan dia ~ peninju itu sama spt bintang bola sepak yg diminatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecanggihan | perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompleks rendah diri | (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canggih II | 1. moden dan kompleks (alat), sofistikated: walau bagaimanapun ~ peralatan yg dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yg mengerjakannya tidak menguasai bidang yg mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan; 2. hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dll): Liyana kelihatan begitu ~; 3. tugas dgn berkesan, sesuai dgn perkembangan masa: wanita ~; mencanggihkan menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dll) canggih; kecanggihan perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak; pencanggihan perbuatan mencanggihkan sesuatu: peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompleks | (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ dan ‘aku wartawan’; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh; kekompleksan sifat atau keadaan kompleks: ayat-ayat yg diterbitkan mempunyai ~ yg tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |