Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikandung

Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Hidup dikandung adat,
     mati dikandung tanah.

Bermaksud :

Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(7)

153

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selama hayat dikandung badanselama masih hidup; selagi hidup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkandungdikandung, terdapat atau terĀ­muat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya;Kamus Dewan Edisi Keempat
selama hayat dikandung badanselagi hidup;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkandungsudah dikandung; terdapat di dlm sesuatu; termuat: Dia mencurahkan segala yg ~ dlm hatinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkandungsudah dikandung; terdapat di dlm sesuatu; termuat:Dia mencurahkan segala yg ~ dlm hatinya.Kamus Pelajar
kandungan1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm seĀ­suatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3.Kamus Dewan Edisi Keempat
peranakan1 pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2 keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selagi1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
uterusist organ pembiakan haiwan betina, tempat anak dikandung dlm perut; rahim.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rahim IIorgan dlm tubuh perempuan tempat anak dikandung; kandung; peranakan. ~ bunga bahagian bunga yg terdapat biji bunga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas