Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikatakan

Puisi
 

Ubi kentang si ubi temu,
     Di bawah pokok jantan mawar;
Orang yang kenyang kalau dijamu,
     Lauk sedap dikatakan tawar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dikatakan berhuma lebar,
     sesapan di halaman.

Bermaksud :

Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.

 

Lihat selanjutnya...(28)

138

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(51)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
boleh I(boléh)1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; seboleh-bolehnya sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita utk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ drpd bangsanya sendiri;membolehkan mengizinkan, memungkinkan: tempoh jawatannya terlampau pendek utk ~ dia membuat sesuatu yg berguna;kebolehan kelayakan, kecekapan: mereka mendapat pekerjaan menurut ~ masing-masing;berkebolehan mempunyai kelayakan (kecekapan): lebih ramai lagi wanita yg ~ tampil ke muka utk memasuki barisan menjaga keselamatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sumpah I1. pengakuan yg dibuat (dgn ber­saksikan Tuhan atau sesuatu yg dianggap suci) utk menguatkan apa yg dikatakan dll: berani aku katakan ini dgn ~; dimakan ~ menderita (sakit dll) kerana membuat sumpah bohong; makan ~ a) sudah mengucapkan sumpah; b) membuat sumpah bohong; mengambil ~ menyuruh membuat sumpah; 2. pengakuan bahawa apa yg dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu dan berani men­derita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar); ~ potong ayam sumpah dgn menyem­belih ayam (bagi orang Cina sahaja); 3. kata­-kata yg mengutuk (maki hamun dll), kutuk, tulah: Si Tenggang menjadi batu kena ~ ibunya; 4. janji yg teguh utk melakukan sesuatu, ikrar: baginda telah mengangkat ~ utk memerintah negeri ini dgn adil; ~ besi kawi sumpah dgn meminum air yg di dalamnya telah direndam besi kawi; ~ celur (celup) sumpah dgn mencelupkan tangan dlm air (minyak) yg mendidih; ~ jabatan Id sumpah yg dibuat pd waktu memegang jawatan; ~ jilat besi sumpah yg dibuat dgn menjilat besi panas; ~ keramat sumpah yg dibuat di tempat yg dianggap keramat; ~ menyelam sumpah yg dibuat oleh dua orang yg menyelam (siapa yg lebih lama dlm air dialah yg benar); ~ minum air keris sumpah dgn meminum air keris (yg dianggap sakti); ~ palsu sumpah bohong; ~ Quran sumpah yg dibuat dgn memakai Quran; ~ seranah = ~ serapah berbagai-bagai sumpah; ~ setia sumpah utk menyatakan kesetiaan; ~ uji api sumpah dgn menggunakan api; bersumpah 1. menyatakan kebenaran dll sesuatu perkara dgn sumpah, menyatakan ke­setiaan dll dgn sumpah, mengangkat sumpah: jikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah; ia ~ akan setia kpd janjinya; 2. berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar: ia berazam, ~, tidak akan beristeri dua; bersumpah-sumpahan sl saling melakukan sumpah (bersumpah), berteguh-teguhan janji: maka kedua-duanya pun ~lah; menyumpah 1. mengucapkan sumpah, me­ngangkat sumpah, bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, “Jika­lau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan beta”; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-­kata yg tidak baik kpd, mengutuki, menye­ranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturun­an; dulu dia menyumpahi dirinya, disangka­nya tidak menurunkan baka; menyumpah-nyumpah mengeluarkan kata­-kata yg kesat terhadap seseorang atau sesuatu berulang kali atau berturut-turut: beberapa orang ~ apabila tayar basikal mereka tidak mahu berpusing disumbat tanah; mempersumpahkan 1. membenarkan mem­buat sumpah, menyuruh bersumpah; 2. mem­buat sesuatu kenyataan dgn sumpah, ber­sumpah; sumpahan sesuatu yg disumpah, sumpah: begitulah ~ ayahnya sbg ganjaran dosanya; persumpahan perihal bersumpah, akuan, ikrar.Kamus Dewan Edisi Keempat
(bagai) burung serinditdikatakan kpd orang yg memakai pakaian yg sangat hijau;Kamus Dewan Edisi Keempat
tuduhanapa-apa yg dikatakan utk menuduh; dakwaan: Semua ~nya tidak benar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terperidpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jawapanapa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bantahanapa-apa yg dikatakan utk membantah: Kalau tidak ada ~, kita luluskan saja usul ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
titik drpd mulutnyasl dikatakan (diucapkan, dijanji-kan, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
spt pungguk merindukan bulandikatakan kpd orang yg sangat rindu pd ke­kasihnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemang IIsj hantu (dikatakan suka meng­ganggu bayi).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas