berkubur | 1. ditanam (mayat), dikebumikan: di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yg gugur; pd masa peperangan banyak yg mati tidak ~; 2. ki mati (dan dikebumikan): negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~; 3. ki hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan: sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkubur | ditanam atau dikebumikan (bkn mayat); ada kuburnya: Pd masa peperangan, banyak yg mati tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkubur | 1. dikuburkan, dikebumikan: setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya; 2. ki hilang, hapus, lenyap: beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yg ~ begitu sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengebumikan | menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
talkin | talkin Ar 1. petunjuk atau peringatan tentang soal jawab dlm kubur yg dibacakan kpd jenazah orang Islam selepas sahaja ia dikebumikan; 2. bimbingan mengucapkan kalimah syahadah yg dibisikkan pd telinga seseorang mukmin yg sedang menghadapi saat kematian atau dlm keadaan sakaratul maut; air ~ air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; bertalkin membaca talkin: biar dia sendiri mendengar orang ~ hingga tamat; mentalkinkan membaca talkin kpd jenazah yg baru sahaja dikebumikan, atau kpd seseorang yg sedang menghadapi saat kematian atau dlm keadaan sakaratul maut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkabung | memakai kabung sbg tanda bersedih: Setelah baginda dikebumikan; maka rakyat sekaliannya pun ~lah selama empat puluh hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mentalkinkan | membaca talkin kpd jenazah yg baru sahaja dikebumikan, atau kpd seseorang yg sedang menghadapi saat kematian atau dlm keadaan sakaratul maut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mumia | mayat manusia atau bangkai binatang yg diawet sebelum dikebumikan (spt yg diamalkan pd zaman Mesir kuno); memumiakan mengawet mayat supaya tahan lama dan tidak reput dgn cara melumurkan minyak khas dsb, dan membalutnya dgn kain, menjadikan sbg mumia: orang-orang Mesir kuno ~ jasad raja-raja mereka; pemumiaan proses atau perbuatan memumiakan: ~ mayat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkabung | 1. memakai kabung (tanda berdukacita): setelah baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluh hari; 2. memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita (kerana kematian seseorang dll): dia memakai pakaian hitam kerana katanya dia sedang ~ kerana kematian suaminya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkabung | memakai kabung sbg tanda bersedih: Setelah baginda dikebumikan; maka rakyat sekaliannya pun ~lah selama empat puluh hari. | Kamus Pelajar |