waran | 1. surat kuasa yg dikeluarkan oleh majistret, biasanya kpd pegawai polis utk membolehkannya menangkap seseorang atau menggeledah (merampas) harta, dll: ~ telah dikeluarkan utk menangkapnya; 2. surat kebenaran yg membolehkan sesuatu pembayaran atau penerimaan wang dibuat; ~ geledah perintah bertulis yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa kpd polis atau pihak berkuasa lain utk menggeledah sesuatu tempat bagi mencari barang curi, dadah, dokumen dsb; ~ pencen surat yg membolehkan bayaran pencen dibuat; ~ tangkap surat kuasa yg dikeluarkan oleh mahkamah kpd pihak polis utk menangkap seseorang kerana tidak hadir di mahkamah dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suara | 1 bunyi yg dikeluarkan dr mulut manusia spt pd ketika bercakap (bernyanyi dll): ~nya sungguh nyaring. 2 bunyi yg dikeluarkan oleh binatang atau oleh alat perkakas (spt radio, televisyen): Kedengaran ~ murai berkicau. 3 keinginan (pendapat, pernyataan bersetuju atau tidak) yg dikemukakan dlm mesyuarat dll: Dlm mesyuarat itu, ~ saya tidak dipedulikan sama sekali. Dia telah menang dgn mendapat ~ terbanyak. ~ latar a. suara lembut yg kedengaran mengiringi suara penyanyi utama. b. ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dokumentari, rencana dsb oleh penutur yg wajahnya tidak dpt dilihat. bersuara mengeluarkan suara; bercakap. menyuarakan mengatakan atau mengucapkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
writ | ist perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai kehakiman, yg meminta seseorang utk melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu, dan mengandungi arahan ttg apa-apa yg patut dibuat. ~ pilihan raya writ yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu kawasan mengambil langkah bagi mengadakan pilihan raya mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
edisi | /édisi/ 1 yg dikeluarkan (bkn buku, majalah dll); keluaran: Surat khabar ~ pagi. Buku ~ DBP. 2 cetakan atau terbitan pd masa yg berlainan: Sekarang, kita menggunakan buku sejarah ~ kedua. 3 bentuk atau corak (buku, majalah dll) yg dikeluarkan: ~ pelajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masuk dulu keluar kemudian(first-in last-out) | Kaedah penyimpanan data yang membolehkan data yang disimpan dahulu dikeluarkan selepas data yang disimpan kemudian habis dikeluarkan. Singkatan FILO. | Kamus Komputer |
kumuh | 1. Mn kotor, keji, cemar; berhati ~ tidak bersih (ikhlas) hatinya; 2. benda yg tidak berguna dan dikeluarkan oleh badan manusia, haiwan atau tumbuhan, kotoran: darah membawa zat makanan dan oksigen dan mengeluarkan ~; ~ tumbuh-tumbuhan hijau terdiri drpd karbon dioksida yg dikeluarkan dlm masa pernafasan dan oksigen yg berlebihan; mengumuhkan 1. Mn mengotorkan, mengejikan; 2. mengeluarkan benda yg tidak berguna dr badan manusia, haiwan atau tumbuhan; kumuhan bahan buangan yg dikeluarkan dr tubuh spt peluh, air kencing, dsb; perkumuhan yg berkaitan dgn kumuh atau pembuangan kumuh; salur ~ salur utk mengalirkan kumuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
writ | (Udg) perintah atau proses yg dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu, dan yg mengandungi arahan tentang apa yg patut dibuat; ~ habeas corpus writ yg boleh membebaskan seseorang drpd tahanan yg tidak sah; ~ pilihan raya writ yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
edisi | /édisi/ 1. yg dikeluarkan (bkn buku, majalah dll); keluaran: Surat khabar ~ pagi. Buku ~ DBP. 2. cetakan atau terbitan pd masa yg berlainan: Sekarang, kita menggunakan buku sejarah ~ kedua. 3. bentuk atau corak (buku, majalah dll) yg dikeluarkan: ~ pelajar. | Kamus Pelajar |
keluaran | 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (lingkungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bon | 1. sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah; 2. Id surat kecil (pengakuan mengambil barang yg akan dibayar kemudian): ~ jati; ~ jati bon yg paling terjamin; ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak berisiko; ~ pelaksanaan (Eko) dokumen yg merupakan jaminan, biasanya berbentuk insurans atau jaminan bank, yg dikeluarkan bagi pihak kontraktor kpd pemberi kontrak utk memastikan kelancaran pelaksanaan projek sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat kontrak; ~ perbendaharaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan dgn tempoh matangnya yg lama, biasanya antara 10 tahun hingga 30 tahun; ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko. | Kamus Dewan Edisi Keempat |