Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
UFOkep unidentified flying object (objek terbang yg tidak dapat dikenal pasti dan kononnya datang dr planet lain).Kamus Dewan Edisi Keempat
penyelongkarorang atau binatang yg me­nye­longkar: ~ bilik tamu itu sudah dapat dikenal pasti.Kamus Dewan Edisi Keempat
sektor keras(hard sector)Sektor pada cakera keras atau cakera liut yang dapat dikenal pasti berdasarkan lubang penanda kekal pada permukaan cakera yang diletakkan oleh pembuat cakera.Kamus Komputer
ilusitanggapan yg tidak benar atau mengelirukan: segala apa yg saya sangka dapat memberikan kebahagian dahulu sebenarnya suatu ~ sahaja; darinya ~ dan realiti dapat dikenal pasti, dinilai, dan dimanfaatkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
spektroskopi inframerahkaedah analisis yg mengukur julat panjang gelombang inframerah yg diserap oleh sesuatu bahan sampel utk membolehkan atom atau kumpulan atom dlm molekul sampel dikenal pasti;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengalamatan(addressing)1. Tindakan membezakan kedudukan ingatan, daftar, atau liang keluar masuk bagi sesuatu sistem dengan menggunakan kod alamat. 2. Tindakan yang membolehkan setiap peranti, persisian atau nod dalam rangkaian komputer dikenal pasti.Kamus Komputer
bakar mula(burn-in)1. Pengujian sistem dengan mengendalikannya secara sebenar pada peringkat awal hayat penggunaan sistem. Tindakan ini dilakukan untuk memastikan semua sistem berjalan lancar dan mana-mana sistem yang lemah atau rosak dapat dikenal pasti. Sistem yang rosak atau lemah ini digantikan dengan yang baru. Proses ini mengandaikan bahawa sistem yang dapat bekerja pada tahap ini disahkan baik. 2. Pengujian litar komputer pada suhu yang tinggi untuk memastikan semua sambungan papan litar dalam keadaan baik.Kamus Komputer
spektroskopi(spéktroskopi) kajian tentang spektrum, terutamanya aspek penghasilan, penyukatan, dan pentafsiran spektrum; ~ inframerah kaedah analisis yg mengukur julat panjang gelombang inframerah yg diserap oleh sesuatu bahan sampel utk membolehkan atom atau kumpulan atom dlm molekul sampel dikenal pasti; ~ jisim kaedah analisis utk menentukan jisim atom atau molekul dgn menggunakan spektroskop.Kamus Dewan Edisi Keempat
pembetung1. sesuatu yg berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya spt buluh utk menyalurkan air dsb: bulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat; 2. saluran atau parit drpd konkrit dll bawah tanah yg merentasi jalan raya atau landasan kereta api: masalah kekurangan ~ dikenal pasti sbg punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat; 3. saluran paip bawah tanah utk menyalirkan najis, kumbahan dsb ke loji pemprosesan dsb: mereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yg tersumbat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
klinikal1 berkaitan dgn pemerhatian dan rawatan perubatan terhadap pesakit sebenar berbanding dgn kajian teori atau kajian makmal: Calon juga mesti mempunyai pengalaman ~ sekurang-kurangnya dua tahun selepas menerima Ijazah Perubatan. 2 (bkn dgn penyakit atau sesuatu keadaan kesihatan) dlm keadaan menimbulkan gejala yg perlu diberi perhatian atau yg dpt dikenal pasti: Diagnosis biasanya dibuat hanya dgn melihat tanda-tanda ~. 3 sangat efisien dan tanpa melibatkan perasaan berat sebelah, prejudis dsb: Eksperimen semestinya dilakukan dlm keadaan yg ~. Dlm sukan, membuat keputusan yg ~ bukan begitu sukar, pd umumnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas