makna kiasan | makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawi I | lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi; bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu ditimbangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cempedak | sj tumbuhan (pokok yg buahnya spt nangka), Artocarpus champeden; ~ air sj tumbuhan (pokok), Artocarpus kemando; bagai bunyi ~ jatuh prb kuat bunyinya (biasanya dikiaskan pd orang yg gemuk jatuh); drpd ~ baiklah nangka prb a) drpd tidak ada langsung, sedikit pun cukuplah; b) kalau tidak ada yg baik, yg kurang baik pun berguna juga; seorang makan ~, semua kena getahnya prb seseorang berbuat salah, semuanya dikatakan berbuat salah juga; tanam ~ tumbuh nangka prb apa yg diperoleh lebih drpd apa yg diharapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makna | erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (mengandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |