melabuhkan | 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sauh | besi berat berkait yg dilabuhkan ke dlm air supaya kapal tidak hanyut; membongkar ~ mengangkat sauh ke atas kapal; membuang (melabuhkan) ~ menurunkan sauh ke air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sauh | besi berat berkait yg dilabuhkan ke dlm air supaya kapal tidak hanyut; membongkar ~ mengangkat sauh ke atas kapal; membuang (melabuhkan) ~ menurunkan sauh ke air. | Kamus Pelajar |
sauh I | alat yg berkait dan berat, yg dilabuhkan ke dlm air supaya perahu (kapal dll) tidak hanyut, jangkar; membongkar ~ mengangkat sauh (kerana hendak belayar); membuang (melabuhkan) ~ mencampakkan sauh (supaya perahu tidak hanyut); ~ buji sauh kecil yg ada empat pengaitnya; ~ cemat = ~ kecil sauh kecil yg dilemparkan ke perahu dll utk menariknya; ~ terbang sauh yg dilemparkan (ke darat, ke tebing, dll); bersauh 1. memakai (menggunakan) sauh; 2. berlabuh (kapal, perahu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unjam II | daun-daun kelapa yg diikat dgn rotan dan dilabuhkan ke dlm laut (supaya menjadi tempat berkumpul ikan yg hendak ditangkap). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
labuh I | 1. turun atau tergantung ke bawah (bkn kelambu, sauh, tirai, dll): kainnya ~ hingga menyapu lantai; tauke yg berperut ~ itu duduk menyandar di kerusi malas; 2. panjang ke bawah atau lebih panjang ke bawah drpd yg biasanya atau seharusnya: pakaian ~ spt jubah dan gaun panjang; kebaya ~; dia memakai seluar yg ~ dan longgar; 3. penjodoh bilangan utk tirai: tirai se~; berlabuh 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu, dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd orang kapal itu; melabuh 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau, lembu); melabuhkan 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan); pelabuhan tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |