pelelehan | 1. pengaliran perlahan-lahan; 2. lubang tempat meleleh; habis cupak dr ~ prb adat yg dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melanggar | 1. merempuh, melanda, melanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ melainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbaring | terletak (berada) dlm keadaan berbaring: sesudah dilanggar kereta dia jatuh ~ di jalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhirnya | , = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rampak II | Mn jatuh rebah, rebah, runtuh, tumbang (kerana dilanggar dll); rebah ~ rebah; serampak serentak, bersama-sama, serempak: “Betul,” kata mereka ~; merampak melanda, melanggar (hingga roboh, jatuh, dll), menyerang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendapat kemalangan | mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbaring | terletak memanjang: Ia jatuh ~ di atas jalan raya kerana dilanggar kereta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengejarkan | membawa atau menghantar seseorang (sesuatu) dgn terburu-buru: Orang yg dilanggar motokar itu telah dikejarkan ke hospital. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terbaring | terletak memanjang: Ia jatuh ~ di atas jalan raya kerana dilanggar kereta. | Kamus Pelajar |
akhirnya, | = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. | Kamus Pelajar |