Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilentur

Peribahasa

Masa lagi rebunglah hendak dilentur,
     jangan dinantikan sampai menjadi aur.

Bermaksud :

Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
termoplastik(Kim) 1. menjadi lembut dan mudah dilentur apabila dipanaskan dan mengeras semula apabila disejukkan tanpa perubahan ketara pd sifatnya (bkn bahan plastik); 2. bahan plastik yg melembut dan mudah dilentur apabila dipanaskan dan mengeras semula apabila sejuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
lemas II1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan); melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kaku1. tidak boleh dilentur, kejang, kejur: mayat itu sudah ~; kerana sejuk, tangannya menjadi ~; mulutnya ~ ki mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata; ~ lidah ki tidak dapat bercakap (berkata-kata) dgn lan­car; 2. ki tidak kemas, janggal, canggung (bkn gerak-geri dsb), tidak lancar (jalan bahasa dll), tidak hidup (lukisan dll): plot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja; gaya dan gerak-gerinya ~; bahasanya ~; lukisan itu ~; kekakuan perihal atau keadaan kaku, keke­juran, kecanggungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lembut1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.Kamus Dewan Edisi Keempat
vinil(Kim) bahan plastik yg boleh dilentur, ber­kilat, dan kuat (digunakan sbg bahan utk membuat perabot dll, dan ada juga yg diguna­kan utk membuat pakaian).Kamus Dewan Edisi Keempat
liutlembut tetapi tidak dapat dipatahkan, boleh dilentur-lenturkan tetapi tidak patah, liat: kayu-kayu yg ~; keliutan perihal liut.Kamus Dewan Edisi Keempat
lemah lenturtidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuprum(Kim) sj unsur logam kemerah-me­rahan yg boleh ditempa, atau dilentur dan dapat digunakan sbg pengalir elektrik yg baik, tembaga.Kamus Dewan Edisi Keempat
liat I1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (spt getah dll), boleh dilentur-lentur dan tidak patah: besi yg ~; daging kerbau tua biasanya ~; 2. likat, pekat: tanah ~; 3. ki tidak mudah kalah, tabah dan cekal (menghadapi musuh dll); 4. ki tidak suka (melakukan sesuatu), payah, segan: pd esok­nya ~ pula hendak bangun kerana sejuknya udara keliling; liat-liat liang-liut, liuk-lentok; meliat 1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian); meliatkan menjadikan liat; keliatan perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar ayam kampung, teringat­kan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air (Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun.Kamus Dewan Edisi Keempat
memulas1. memusing (kunci, leher, skru, telinga, dll), memutar: jika boleh tangkai bunga itu hendaklah dipulas sedikit sebelum dilentur; 2. memegang sesuatu lalu diputar, memilin, memiuh (kain basuhan, tali, dll): kain itu dipegang dgn dua belah tangan kemudian dipulas, keluarkan seberapa banyak air yg dapat; 3. ki memutarbalikkan (kebenaran, perkataan, dll): seorang yg terkenal pandai ~ perkataan; tujuan atau maksud ayat itu sudah jelas tidak dapat dipulas lagi; ~ pusing bp memutarbalikkan (perkataan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas