Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diletak

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Diletak budak di atas peti;
Hutang emas dapat dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pelita dudukpelita yg diletak­kan di atas meja (lantai);Kamus Dewan Edisi Keempat
kelompongbahagian telefon tempat diletak­kan gagangnya: dia menyangkutkan kembali gagang telefon itu pd ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
alasI 1. sesuatu yg menjadi lapik tempat meletakkan sesuatu yg lain, tempat berdiri sesuatu, asas, dasar; ~ cawan tempat diletak­kan cawan, piring; ~ tiang asas tempat ber­dirinya tiang; 2. kain dsb yg digunakan utk menutup sesuatu (spt meja dll), lapik, tutup; ~ bantal sesuatu yg ditaruh di atas bantal (jikalau tidak bersarung); 3. (Kej) bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu gandar atau yg memegang gandar yg ber­pusing; ~ baju lapik baju; ~ cap ark wang yg harus dibayar kpd pegawai sultan yg membuat nas­khah; ~ kaki sesuatu (spt tikar atau bangku) tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dsb); ~ kata ki kata pendahu­luan; ~ kubur orang yg memikul kesalahan orang lain; ~ meja lapik meja, kain penutup meja; ~ muatan tolak bara (pemberat sbg pengimbang) di bawah muatan perahu; ~ perut makan pagi, sarapan sekadar menghilangkan rasa lapar; ~ peti tutup peti; ~ rumah ark asas rumah (dasar rumah); ~ ternang bokor tempat diletakkan bekas air (spt teko dll); jadi ~ cakap utk sagu hati kerana jasa yg telah di­sum­bangkan; beralas 1. memakai alas, berlapik: cawan yg tidak ~; meja-meja itu belum ~ lagi; 2. mempunyai asas (sbg bukti, keterangan, dsb), berasas: kata-katanya tidak ~; 3. ki (bkn cakap) berhati-hati menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan; beralaskan 1. mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg alas, berlapik: meja yg ~ kain putih; mangkuk yg ~ piring kuih; 2. mem­punyai (menggunakan dll) sbg asas, atas asas atau dasar, berasaskan: ia ditangkap ~ bukti-bukti yg nyata; mengalas, mengalasi memberi beralas, mem­­beri berlapik, berlaku sbg alas (lapik) kpd: ia berbaring dan tangannya ~ tengkuk­nya; ~ perut makan pagi; dialas bagai me­mengat prb apabila bercakap hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu; mengalaskan 1. menjadikan (meletakkan sbg) alas: ~ sehelai tikar di bawah meja; 2. mengasaskan (mendasarkan) pd: ~ tuduhan-tuduhan pd cakap orang sahaja; alasan 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pen­dapat, dll), sebab: apa ~ ia bertindak demi­kian?; jawatankuasa itu mempunyai ~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan jentera di tengah-tengah kayu ~; beralasan mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan, berasas: ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan; tuduhan-tuduhan yg tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelita1. sj bekas berbagai-bagai bentuk (berisi minyak dan bersumbu) yg digunakan utk mem­berikan cahaya; ~ duduk pelita yg diletak­kan di atas meja (lantai); ~ gantung pelita yg digantung; ~ panjat pelita yg dipasang di luar rumah pd malam hari dlm bulan puasa; 2. lampu; 3. ki sesuatu yg memberi panduan dll: gadis yg menjadi ~ dlm hidupnya; fikiran itu ~ hati; memasang ~ tengah hari prb menerangkan sesuatu yg sudah jelas, perbuatan yg sia-sia; pasang ~ dilanggar tikus prb keadaan yg menyenangkan tetapi hapus oleh sesuatu yg kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
anak I1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir: seseorang ibu yg sedang mengandung perlu menjaga ke­sihatan­nya supaya ~nya yg di dlm kan­dungan juga sihat; ~ kecil yg baru berumur dua bulan; 2. baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa: ~ mereka kesemuanya perempuan; 3. kanak-kanak, budak: ~ itu sudah ke seko­lah; 4. binatang yg masih kecil: ~ monyet; ~ gajah; ~ burung; ~ ikan; 5. pokok kecil yg tumbuh pd umbi atau rumpun pokok yg besar, pokok yg baru tumbuh: ~ lengkuas; ~ pisang; 6. orang yg berasal dr (sesuatu tempat atau sese­buah negeri): ~ Melaka; ~ Siam; 7. ang­gota (kumpulan pekerja dll), kakitangan, pe­kerja: ~ perahu; 8. bahagian yg kecil pd se­suatu benda: ~ tangga; 9. sesuatu yg kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ Adam manusia; ~ air sungai kecil; ~ alang anak ketiga; ~ ali-ali batu humban; ~ angin angin yg lembut; ~ angkat anak yg diambil dan dijadikan sbg anak sendiri; ~ anjing a) anjing yg masih kecil; b) bahagian bawah buah (jantung) betis; ~ asak boneka, patung; ~ ayam a) ayam yg masih kecil; b) alat muzik (digunakan dlm permainan makyung dll); ~ baju baju dalam; ~ bangsawan pelakon (wayang) bangsawan; ~ batu batu kecil; ~ bedil peluru; ~ bilik ruangan kecil yg ditambah pd bilik; ~ bini anak dan isteri (seseorang), keluarga (seseorang); ~ bongsu anak yg termuda; ~ buah a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); ~ bukit bukit kecil; ~ bulan bulan sebagaimana yg kelihatan pd hari pertama sesuatu bulan Hijrah; ~ busur peluru busur, anak panah; ~ cucu a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; ~ dacing = ~ timbangan batu (besi) pd sj timbangan utk me­nentukan berat; ~ dagang orang asing; ~ damak peluru sumpitan; ~ dapat anak yg dijumpai di jalan; ~ dara anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; ~ dayung orang yg mendayung perahu; ~ didik seseorang, organisasi dsb yg dididik (dilatih, dibimbing dsb) supaya mahir atau terampil dlm sesuatu bidang; ~ emas a) anak abdi yg diambil jadi anak oleh tuannya; b) Id anak yg diambil sbg anak oleh orang asing; c) orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa); ~ gadis anak dara; ~ gahara anak raja drpd permaisuri; ~ galuh Jw puteri; ~ gampang anak yg lahir di luar nikah; ~ genta bahagian genta (loceng) sbg pemukul (yg membunyikan); ~ gobek pelo­cok (antan) pd gobek; ~ guam orang yg meng­gunakan khidmat atau mendapat bantu­an (nasihat) perundangan drpd peguam utk urusan sesuatu kes; ~ gugur anak yg lahir mati sebelum genap bulannya; ~ gundik anak raja drpd gundik; ~ halal anak yg sah (lahir hasil perkahwinan yg sah); ~ haram bk anak yg lahir tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya, anak sundal; ~ hitam anak yg ketujuh; ~ jantan a) bp anak lelaki; b) orang (lelaki) yg berani; ~ jari jari tangan; ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung, negeri dsb); ~ jentera jari-jari jentera; ~ joget penari joget; ~ kalimat Id ayat yg bergantung pd ayat lain; ~ kandung anak sendiri; ~ kapal pekerja kapal (kapal terbang); ~ kati anak dacing; ~ kemanakan anak (dr) saudara; ~ kembar dua (tiga dll) anak yg lahir bersama-sama dr satu kandungan; ~ kencing bk anak haram; ~ keti bola kayu yg dipakai dlm sj permainan; ~ kolong Id bk anak serdadu (zaman kolonial); ~ komidi pelakon; ~ kunci a) alat utk membuka kunci (diputarkan pd mangga dll); b) ki petua utk mencapai sesuatu: ~ kunci pd kebanyakan pengetahuan; ~ lidah bahagian kecil di belakang lidah (dlm kerong­kongan); ~ limpa kelenjar yg mengeluarkan hempedu; ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya; ~ lumpang pelocok pd lumpang; ~ mata bulatan kecil di tengah-tengah mata; ~ meja laci meja; ~ merah anak yg baru lahir; ~ muda a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; ~ murid a) anak yg masih belajar di sekolah; b) murid kpd seseorang guru; ~ negeri a) orang yg berasal atau di­lahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ ngah anak yg kedua; ~ panah peluru panah, anak busar; ~ pandak anak yg keempat; ~ panggung pelakon (wayang bangsawan, sandiwara); ~ panjang anak yg kelima; ~ pelor peluru; ~ penakan anak drpd saudara; ~ perahu pekerja dlm perahu, kakitangan perahu; ~ piara anak yg dipelihara orang; ~ piatu anak yg tidak beribu bapa; ~ pisang Mn anak mamak (menurut keturunan laki-laki); ~ pungut anak yg diambil jadi anak sendiri; ~ putih anak yg keenam; ~ rambut rambut di pelipis; ~ ronggeng penari ronggeng; ~ saku kocek kecil; ~ sanak = ~ saudara anak drpd saudara, anak abang (kakak, adik) seseorang; ~ sasian Mn murid; ~ sekolah anak murid (di sekolah); ~ semang orang yg bekerja (menumpang) pd orang lain; ~ sulung anak yg tertua; ~ sum­bang anak yg lahir drpd perempuan yg tidak boleh dikahwini; ~ sundal bk a) anak haram; b) kata makian yg kasar; ~ sungai sungai kecil yg bermuara pd sungai besar; ~ susuan a) anak yg masih menyusu; b) anak orang lain yg disusui; ~ syarikat syarikat yg sebaha­gian besar saham dan kepentingannya yg lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain; ~ syarikat bersama dua syarikat atau lebih yg dikuasai oleh syarikat induk yg sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ~ syarikat milik penuh syarikat yg seluruh saham yg diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain; ~ tangan jari tangan; ~ tangga tempat berpijak pd tangga; ~ tanggung anak yg hampir dewasa; ~ tari penari; ~ taruhan anak yg paling dikasihi; ~ tekak anak lidah; ~ telinga bahagian kecil di depan daun telinga; ~ tempatan orang yg berasal dr sesuatu tempat itu juga (bukan orang asing); ~ teruna pemuda; ~ timbangan anak dacing; ~ tonil Id pelakon; ~ tunggal anak satu-satunya (tidak ada anak lain lagi); ~ ubat a) orang sakit yg sedang di­rawat; b) anak yg dibesarkan dgn ubat; ~ wang bunga wang; ~ wayang pelakon (wayang, bangsawan); ~ watan anak negeri (bukan orang asing); ~ yatim a) anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg tidak beribu atau tidak beribu bapa; ~ yatim piatu anak yg sudah tidak beribu bapa lagi, anak piatu; ~ baik menantu molek prb kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda; ~ di pangku dilepas­kan, beruk di rimba disusui = ~ di riba diletak­kan, kera di hutan disusui prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabai­kan; ~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing prb anak orang besar biasanya jadi orang besar juga; ~ kunci jahat, peti derhaka prb kalau suami jahat isterinya akan ber­khianat kelak; ~ orang ~ orang juga prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap asing juga; ~ seorang menantu malim prb dikata­kan kpd seseorang yg beruntung mempunyai anak perempuan; ~ seorang penaka tidak prb dikatakan kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang yg tidak ada gantinya; ~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng prb bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yg diutamakan; bagai ~ sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg bermalas di tem­pat orang lain; bagai menggantang ~ ayam = bagai menyukat ~ ayam (masuk empat keluar lima) prb mengerjakan pekerjaan yg tidak mungkin dilakukan; dengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan prb men­dengar­kan tutur manis orang, pekerjaan sen­diri diabaikan; kalau tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri prb kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang; kasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan = Mn sayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan prb yg disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan; kecil-kecil ~ harimau prb kecil tetapi berbahaya juga; kecil-kecil ~, kalau sudah besar onak prb anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran; meng­gerek bagai ~ nangoi prb dikatakan kpd sese­orang yg beranak banyak tetapi malas men­cari nafkah; rosak ~ oleh menantu prb men­dapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaan atau yg dikasihinya; spt ~ ayam ke­hilang­an ibunya prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (peng­harapan); spt ayam patuk ~nya = spt kerbau menanduk ~ Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas